4 Jenis Sahabat Yang Baik
1. Jenis Mengkritik Sahabat jenis ini akan sentiasa menegur dan mengingatkan ketika kita melakukan sebarang kesalahan. Tanpa diminta, dia akan mengkritik jika kita melakukan sesuatu yang salah. Sahabat jenis ini sangat baik untuk mengingatkan kita kepada jalan yang benar, meskipun kadangkala agak menjengkelkan dan menyakitkan hati untuk bersama sahabat seperti ini. 2. Jenis Pendukung Mempunyai sahabat jenis ini bermakna kamu sangat bertuah, kerana sahabat seperti ini akan sentiasa mendukung (memberi semangat) apa yang kamu lakukan dan turut serta gembira dengan kejayaan kamu. Kamu akan berasa bersemangat dan motivasi dalaman meningkat semasa bersama dengan dia. 3. Jenis Penggembira Mungkin jenis ini lebih banyak disukai. Bersahabat dengan seseorang yang penggembira akan sentiasa membuatkan kamu cerita kembali di waktu sedih dan duka. Rasanya seperti tidak lengkap kehidupan jika tidak mempunyai seorang sahabat yang seperti ini. Di saat tertekan dan kecewa, sahabat seperti ini akan sanga...