Posts

Showing posts with the label cerita pendek

Kali Pertama - Buka Kata - Ep1

Assalamualaikum dan hello. Kali Pertama. Yap, inilah kali pertama aku menterjamahkan imaginasi aku kepada sesuatu yang dapat dilihat dalam tulisan sebagai satu cerita pendek. Yang pertama, yang dicuba nilainya, 'Kali Pertama' juga ialah tajuk untuk cerita pendek yang bakal dipost secara bersiri jika masa memberi laluan. (Format cerita telah diabaikan 100%) Bismillah hirrahman nirrahim. ***** Kali Pertama 1985 Oktober 19 - 6.50pm Maimun : Along! Mus! Sufi! Sudah main tu, dah nak senja ni. Nak puasa sampai ke malam ka ? Jerit Maimun kepada anak-anaknya dari atas beranda rumah. Along : Baik mak!  Mus : Along. Agak-agaklah kan. Ayah beli lauk apa ya hari ni ? Along : Manalah Along tau, satgi kita masuk kita tau lah ye. Mus : Along ni. Tak reti nak berhumour sikit ka ? Along : Ok. Ok. Ayah beli kapal terbang goreng. Dah cukup tak humour Along tu ? Mus : *brrr Sufi : Hahahaha. Mereka terus sahaja ke dapur sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Mus : Aik. Mak nak kita berbuka den...