Posts

Showing posts with the label orientasi uitm

MDS : Majlis Destini Siswa ?

Image
Sudah 2 minggu selepas tamat MDS (Majlis Destini Siswa) untuk sesi pengambilan pertama bulan Jun 2012. Lihat pelajar-pelajar baru, dengan pakaian rasmi mereka ; lelaki berbaju kemeja putih seluar slack hitam tie uitm, perempuan pula baju  kebaya ? putih dan tudung unggu, teringat pula waktu MDS aku dulu. logo uitm Pengalaman MDS Mula dari hari pertama sampai, start saja program MDS, terus macam jadi pelapis askar. Disiplin semua, masa kena tepat, jalan baris baik-baik yang panjang, dijerkah, disergah, dah jadi macam menyesal pula datang hari pendaftaran tu. Sepanjang MDS berlansung, selain dapat kenal selok belok UiTM Arau yang agak besar, kami diajar dan ditunjukkan betapa beruntungnya dilahirkan sebagai anak melayu dan ditambah pula nasib atau takdir yang baik kerana dapat menjadi sebahagian warga UiTM. Jika dibandingkan dengan anak-anak bangsa lain, anak melayu lahir di bumi melayu yang bertuah yang mengambil berat tentang perihal dan nasib anak bangsa. Patriotic value is...