Posts

Showing posts with the label Edison

Nicola Tesla - Sejarah Yang Dikaburi

Image
Pernah kamu mendengar tentang Nicola Tesla ? Beliau ialah antara seorang perintis kemajuan teknologi dalam bidang elektrik. Tahukah kamu, kenapa Nicola Tesla disebut sebagai Geek terhebat yang pernah hidup ?  Geeks tidak tidur bermalam-malam meninggalkan dunia supaya bila mereka keluar, mereka dapat ciptakan satu ciri yang baru untuk dunia luar. Mereka pemikir dan pembaiki benda yang tidak rosak. Mereka meninggalkan dunia sosial kerena mereka sibuk memperbaharui sesuatu yang baru. Mereka obses  dan dalam banyak kes, mereka sengsara H ampir 100 tahun yang lalu, seorang pencipta Amerika-Serbia mula membaiki barangan yang tidak rosak. Pada masa dunia masih lagi dicerahi dengan nyalaan api lilin, satu sistem elektrik yang dikenali sebagai arus ulang-alik ( AC ) telah dicipta dan sehingga hari ini ianya digunakan untuk mencerahkan isi rumah di planet ini. Kepada siapa kita perlu berterima kasih di atas ciptaan tersebut yang membawa manusia ke  revolusi perindustrian yang kedua ? Tetapi...

5 Perbuatan Buruk Edison Terhadap Tersla

Image
Perbuatan Buruk Edison Terhadap Tersla ? Sebelum ini pernah aku ceritakan siapakah Nicola Tesla, dan sejarah-sejarah beliau yang telah dikaburi. Cuma kali ini, ingin aku senaraikan beberapa perbuatan buruk Thomas Edison terhadap Nicola Tesla. Bagi yang tidak tahu siapakah Thomas Edison, beliau ialah satu nama yang tercatat di dalam buku sains sekolah rendah sebagai seorang yang mencipta mentol lampu dan elektrik. Bahkan, Thomas Alfa Edison mempunyai beribu jenis paten di bawah namanya. Beberapa daripada beribu paten tersebut ialah penemuan darinya sendiri, yang selebihnya ialah hasil saintis dan ilmuwan yang bekerja di bawahnya. Thomas Alfa Edison ialah CEO yang bijak menggunakan pelbagai cara untuk berjaya di dalam perniagaan, termasuk yang keji. Salah seorang sainstis dan ilmuwan yang pernah bekerja dibawahnya ialah Nicola Tesla, yang hanya bekerja untuk waktu yang singkat, dan kecemerlangan beliau sering tidak diakui oleh Edison. Berikut ialah beberapa perbuatan buruk Thomas Edison ...