salah satu cara aku cari duet selepas SPM

selepas spm, cuti gila la panjang.. duduk rumah tak kena, keluar rumah tak kena.. yalah, dulu time sekolah, duet poket sentiasa ada, parents bagi pagi2 sebelom pergi sekolah la kan.. then, bila duet tidak lagi menghiasai dompet, hati menjadi resah.. mula la timbul idea2 untuk mencari sumber duet poket sendiri..


hal orang lain tu, sy tak nak cita... sy nak cita ap yg sy buat untuk dapatkan duet poket sepanjang cuti nie... dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang sy ada.. sy cuba untuk menjadi pilot separuh masa *gila bluffing.. haha yang sbnrnya, apa yang sy buat ialah buat kelas tambahan matematik untuk students form5.. ;p

dari kecik smpai umor dah ada 2 angka.. sy mmg minat math tersangat amat... so, bg sy, idea tu memang sedap dan sy memang rasa sy dapat mengajar.. dekat sekolah dulu, errr, sy kot yang jadi tempat rujukan kawan2 tentang hal2 matematik nie.. jadi, dari situ, sy dapat laa ilham macam mana nak terang tentang sesuatu topik matematik...



dewan tempat buat kelas tambahan tuh
kelas tu sy mntk kelulusan daripada err, jkkkkk sinang cita ketua kampung lah.. selepas dapat green light daripada cik ketua, malam tu jgk sy buat kelas.. tak sabar la katakan.. anak murid dah tersedia menunggu tarikh pembukaan kelas jaa..

duet yuran, RM30 sekepala sebulan sahajaaa.. anak murid ada la dalam 10 orang.. tp sebelum tu sy ada cakap, "ikot koranglah nk byr bila, asalkn jangan ponteng kelas"... hehe.. baikkan cikgu yang buat kelas tuu.. tambahan pula, kelas dibuat dari selasa hingga la khamis... kelas mula pkul 9 malam smpai pkul 10+ malam.. 4 hari seminggu, 16 hari sebulan... tempat lain, mahal tuuu.. hehe.. sebenarnya, sy berniat nak tolong budak2 tu up sikit diorang punya skill dalam matematik.. disamping dapat up sy punya skill mengajar.. itu jaa xD

nak dijadikan cerita, pada suatu tarikh xx/03/2011...
malam tu sepatutnya ada kelas, so sy yang masih 15km dari rumah dengan cuaca hujan, sy redah jugak semata-mata tak nak diorang tunggu cikgu diorang.. sampai je rumah sy terus mandi.. lepas kluar je dari bilik mandi,, bau sup ayam pulak yang lekat kat hidung, dah la katak dalam perut tengah sedap je nyanyi, tp sy bt dunno... dan prepare handouts tuk budak2 tuh.. time tu pulak scanner menjadi sengal dea.. tgk jam, lg 10 minit kelas start.. sy capai handout yg sy buat, terus ke dewan.. sesampai je, Allhamdullih, tak ada orang yang menunggu... then, sy terus tulis latihan2 kat whiteboard..

yang nie je la yg sempat ditulis >.<
kenapa "yang nie je la yg sempat ditulis >.<" sbb, selalu akan ada dua sesi padam latihan2 di whiteboard, so, gmbar tuh baru sesi yang ke-0... haha.. selalunya, bila sy bg latihan yang hampir nak penuh whiteboard, mesti ada latar bunyi mula bersuara "hye cikgu, buat geram apa tah hari ni"... ada pulak yang smbung "cikgu, awat sikit sangat".... perli tak habeh2.. padan muka.. sapa suruh malas kat sekolah.. form5 plak tu.. tapi, kali nie suasana senyap jaaa... tak ada pun pujian2 seperti "cikgu, lawa baju".. "cikgu hensem la hari nie"... jam pukul 9.10malam... tp~

ini yang cikgu tu nampak =.=''
sorang pun tak hadir lagi! diorang nie macam nak mula buat perangai.. dalam hati, resah berbau gelisah.. apakejadah yang diorang nie buat tak sampai2 lagi time nie.. tp, sebagai cikgu yang menerima yuran.. tanggungjawab tetap tanggungjawab.. sy tunggu.. sementara sy tgu, sy buat la latihan2 yg sy tulis kat whiteboard tuh..

 abaikan tulisan aku!
tak smpai 10minit, sy cakap "siap!"... lps tu selalunya akan ada yang sambung.. "cikgu nie robot ka apa".. shit! mengata pulak dea... tp kali nie.. bila saya memandang ke depan... nah~

tiada jasad kedua apatah lagi ketiga ==
sorang pun tak nampak batang hidung... dalam hati mula la mengutuk.. tengok jam, pkul 9. 30.. sy terus tunggu, manalah tau tengah jalan tolong sekumpulan nenek lintas jalan kaaa... sambil tunggu tu, terlintas idea untuk menconteng buku dengan pen yang baru dibeli dengan harga RM12.40..

>.<
nah.. hasilnya... keluarlah graf yang sy sendiri pun tak tahu apa motifnya... selepas busan menconteng, sy tengok jam, pkul 10.25malam... orite! ini dah melampau.. so, sy ambil keputusan.. tangguh kelas dan next kelas, akan ada peraturan baru, dilarang membuka mulut lebih dari 8cm!!.. sebelum sy keluar dari dewan tuh.. sempat sy tinggal sedikit nota bagi pengguna dewan yang lain.. sebab dah hangin la katakan...

tarikh dan hari dipadam bagi mengelak kontrovesi
Cikgu ialah satu pekerjaan yang amat mulia... saham untuk dunia dan akhirat... memang cita2 nak jadi cikgu sebab alasan saham tuh laa... tp disebabkan kaum Melayu makin ditindas kerana $$ so, sy tinggikan lagi cita2.. ksmpulannya, tak jumpa cita2 lg :p

credit to  Nur Amirah Md Noordin sebab smpai sekarang dea masih lagi tak laksanakan hajat dea nak tengok cikgu Aiman mengajar..

owh ya.. kalau korang ada apa2 cadangan macam mana nak tolong sebilangan pelajar yang lemah matematik.. share2 lah naa... amatlah di hargai setiap idea yang korang share tuh..


Comments

  1. Pergh, bagus ni, ilmu dikongsi adalah habuannya. Bijak cari peluang, kalau dah minat Math tu, apa-apa benda pun boleh dijadikan perhitungan. Ada tambah tolak, ada untung rugi, semua tu mestilah dah difikirkan kan? Tahniah-tahniah... ada gak manfaat cuti panjang ye... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung