Kenapa perlu menggunakan Sistem Dinar



Pada tahun 2001, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyuarakan idea mengenai pembayaran berteraskan emas. dan pada tahun 2004 beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk "The Malaysian Currency Crisis - How and Why It Happened"


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). - Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Firman Allah di dalam Al-Quran, Surah An-Nur: Ayat 51:
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat" dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan".


Hampir semua sistem wang negara-negara sekarang menggunakan sistem wang fiat. Matawang fiat merupakan nilai sesuatu kertas yang dicetak dan diiktiraf oleh kerajaan. Kalau kerajaan Malaysia mencetak RM1 di atas sehelai kertas dan mengiktiraf nilai RM1 kertas tersebut, maka RM1 (kertas) itu dapat digunakan. Sesebuah negara bebas untuk mencetak seberapa banyak matawang yang dikehendaki, dan jika tidak dipantau, akan berlaku lambakan wang kertas di pasaran, dan menyebabkan matawang negara tersebut menurun. | peristiwa tahun 1997, dimana Malaysia mengalami masalah kemelesetan ekonomi terburuk dalam sejarah, wang seperti tiada nilai kerana diserang spekulasi peniaga mata wang. | *pencetakan wang kertas seluruh negara di kawal oleh Bank Dunia, tetapi setiap negara boleh menanggung risiko sendiri jika tidak ingin mengikut peraturan Bank Dunia. >.<

maaf, tak dapat jumpa video yang sesuai, ini saja yang sempat



[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_nhhBvkBz0k]

Kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Kenapa. ?

1) Menguatkan dan menyatukan dunia Islam.
2) Mengekalkan ekonomi negara
3) Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD *korang tau apa tu USD. ? DOLLAR!
4) Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.
5) Mengelak riba
6) Mengelak melakukan dosa tanpa sedar

wa Allah hu alam.

tapi kenapa mesti emas. ?

1) harga emas tidak akan berubah di seluruh dunia *harga semasa emas saja yang berubah
2) harga semasa emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan dinar

contoh RM100 = 0.1gram emas, 40USD = 0.1gram emas. (contoh harga semasa)

3) tiada unsur riba, tindas menindas dan lain-lain unsur jahat.
4) Dinar dan Dirham (emas dan perak) adalah matawang Islam yang sebenar
5) penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan.
6) penggunaan dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.

ada banyak lagi sebenarnya kelebihan2 dinar emas, tapi ini saja yang sempat aku fikir.

apa yang penting. ? niat di hati =)

wa Allah hu alam

sekadar berkongsi pengetahuan, yang mana salah, tegor2 lah ya..

aku tak kisah orang Tun Dr. Mahathir ni BN or apa-apa saja.. aku tak minat tentang tuh.. apa yang pasti, beliau mempunyai pemikiran jarak jauh yang patut disegani.

kan bagus beliau seorang lecturer di tempat aku study sekarang, boleh la salam tiap-tiap hari.







ps : haha! aku masuk U pun belom lagi.. bajet lecturer boleh..
ps : wahh.. macam tak percaya aku meng'skemakan ayat2 aku!!
pss : dulu time kecik2, kedai depan rumah jual emas satu keping seposen ja, siap boleh makan lagi.. ngeh3 :p

Comments

  1. hee. baru aku tau psal mende2 nieh ... nice info abg long :) .. sblm nieh tak tau pon psal dinar2 nieh . lol

    ReplyDelete
  2. heh... sy share sja pon~
    abg long. ? >.<

    ReplyDelete
  3. ahaha abg long~~

    ey tapi bukan ke tok guru nik aziz na gune sistem dinar ni kene tentang hebad2 dengan kerajaan?

    ReplyDelete
  4. lol. aku nak gelak baca. kehkehkeh. wahahahahaahah wakakakakaakakaka

    good2. bagus2.

    ReplyDelete
  5. dhilla nazli : sy jwb soalan anda di entry yang baru :)

    sini

    ReplyDelete
  6. mas : eh... ko memang :p

    ReplyDelete
  7. ok, emas mmg bernilai, dari zaman dulu sampai skrg dijamin adil harganya.

    ReplyDelete
  8. nice..be my follower k :) http://nh141092.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. ko bdak sains tp ckp sal finance...wah salute spring!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung