beauty of friendship


kawan@sahabat..

semua orang ada kawan masing2, sama ada dalam diam atau terang2, dan ada juga yang berkawan dengan yang bukan manusia - haiwan,tumbuhan,makhluk lain..

tak kisah dengan siapa seseorang tu berkawan, pasti ada sebab dia yang tersendiri,, dan yang paling common,, perasaan, "aku berkawan dengan engkau tanpa sebab,, sebab kita memang kawan.."

kawan ialah subjektif, terlalu besar dan terlalu susah untuk diterangkan secara terperinci apa itu kawan.. apa yang mudah difahami - "kau kawan aku,"

manusia ibarat besi, yang kalau diasah, akan menjadi semakin tajam, tapi untuk menembusi sesuatu halangan, seseorang memerlukan somthing yang lain baginya yang membantu untuk dia bergerak ke depan (harapan, semangat, usaha dan etc) dan yang paling banyak membantu ialah kawan, walaupun pasti ada yang membangkang - "pemberi semangat aku ialah parents!" , ya, parents juga ialah kawan,,


perubahan fasa kanak2 ke fasa remaja sememangnya mudah dilalui semua orang.. tetapi, semasa fasa remaja, timbul halangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ni.. halangan keluarga, halangan perasaan, halangan semasa, halangan diri sendiri..

waktu2 itu lah, seseorang amat memerlukan something untuk dia bergerak ke hadapan ataupun untuk melepasi halangan tu.. hampir semua orang akan memerlukan kawan di waktu2 macam tu..

walaupun kawan yang berjarak beribu2 km, asalkan dia dapat memberi sepatah dua kata kepada seseorang yang memerlukan, pasti orang tersebut akan mendapat semangat walaupun kecil..

walaupun kawan seteruk2 manusia, selekeh2 manusia,, asalkan itu ialah pilihan kawan secara ikhlas oleh seseorang, mereka pasti bermakna bagi dia untuk bergerak ke depan..

bagi yang mempunyai kawan yang rapat, kawan tersebut mungkin juga sebahagian hati.. hati yang menyenangkan di waktu serabut,, hati yang menggembirakan di waktu sedih,, hati yang mendengar di waktu sunyi,, hati yang menilai kesalahan diri.. hati yang sentiasa menemani di setiap waktu.. hati kawan sejati.. ya, itulah kawan yang baik yang sebenar2 kawan..

kawan sememangnya indah, dan terlalu indah untuk diterangkan, tapi kurang indahnya bila tak dihias dengan persahabatan.. persahabatan, ialah kawan yang saling berkawan antara satu sama lain.. yang sering menggunakan istilah "saling",, saling berjujur, saling berteman, saling membantu, saling beringat..

tapi, manusia tak pernah terlepas dari membuat silap,, dan silap yang paling common "terlupa" dan selalunya akan berakhir dengan "menipu" jika nak dibandingkan dengan "jujur",,

hanya kawan yang sebenar2 kawan yang akan memilih "jujur", iaitu untuk confess tentang apa yang dia dah lakukan.. dan ketika inilah keindahan persahabatan akan diuji, sama ada untuk kekal indah ataupun semakin kurang keindahannya.. kerana, jika persahabatan digunapakai dengan mempraktikkan istilah "saling", kawan akan saling mendengar dan saling beringat - tetapi mempunyai jendela masa yang tersendiri kerana manusia mempunyai hati dan perasaan..

ada kawan yang sudah "dilupakan", ada kawan yang tertinggal di belakang.. tetapi jika persahabatan yang digunapakai, bagaikan menolak seseorang melepasi sesuatu halangan, dan kemudian dia akan membantu menarik yang menolak untuk melepasi halangan tu juga.. dan kekal berjalan seiring walaupun ada tinggi dan rendah..

percaya atau tidak, kawan yang "dilupakan" masih lagi seorang kawan.. keadaan saja yang berbeza, dan bagaimana cara untuk tangani keadaan tu juga memainkan peranan untuk menyerikan lagi keindahan persahabatan.. mungkin kawan yang "dilupakan" tersebut ialah kawan yang sebenar2 kawan, tetapi persahabatan tidak digunapakai, keindahan tu sememangnya adalah satu kerugian..

renung sejenak.. wujud ka persahabatan di samping kita. ?

wujud, tiada yang sunyi dalam dunia ni.. aku sendiri ada buku dan pen sebagai peneman,, dan itu memang tak cukup untuk aku.. menyesal..

hargailah kawan2.. seperti kaca, kalau dihancurkan akan pecah, dan mengambil masa untuk disambung2kan tetapi tak akan sama seperti yang sebelumnya..

sesetengah manusia - "manusia akan mula menghargai apabila terasa kehilangan",, bukan semua..

parents juga ialah kawan yang sebenar2 kawan..

salam..


ps : ini ialah entri lama.. 

(,^^)

Comments

  1. yeah..kita berkawan tanpa sebab yang kukuh. kita tak pernah jumpa. tak pernah sembang2. tak pernah lepak2. tapi kita agak rapat. uniknyaaaa persahabatan.

    haha

    merepek kat cnie pulak..:P

    ReplyDelete
  2. @najihah sahami

    waaaaaaaaaa........ hehehe.. yap! betul tu :)

    ReplyDelete
  3. parents Adalah segalanya

    manakala kawan adalah sebahagian dari kita

    ngeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung