Solat Jumaat atau Puasa.. ?

Salam

hampir 99% melayu ialah Islam kan. hehe. mana lagi 1% ? "diorang beranak tak dapat sijil lahir laa makcik, kes tu ar tak dapat dikenalpasti, kot". tapi ada jugak yang dapat sijil lahir tulis terang2 Islam nak jugak dia keluar. pelek kan. akhir zaman da pun. dengan hati je la boleh cegah. kalau dengan mulut, ada jugak yang makan penampar. nahhai. aku dah melalut >.<

puasa di bulan Ramadhan. ada lagi sebulan nak masuk bulan Ramadhan kan, tak sabar. tak sabar. tapi, dulu kau jugak yang asyik mengeluh dengan puasa. bajet tak sabar pulak aiman kali ni. haha,

apa yang best dalam paper time bulan puasa ni. ? mestila "3 remaja ditangkap sedang menelaah nasi ayam bermadu di dalam semak", "pakcik makcik penjual nasik bersubahat dengan pemonteng puasa". mesti yang baca geleng kepala, tak pun cegah dalam hati "apa la nak jadi dengan orang zaman la ni" kan. ?

eh, tapi kan, pelek jugak kadang2 bila pikir. puasa di bulan Ramadhan diwajibkan bagi setiap muslim yang memenuhi syarat2 sah puasa. dan nak tekankan lagi kewajipan tuh, dah siap ada unit pencegah pemonteng puasa lagi. kerja diorang senang ja, orang Islam makan time puasa, tangkap buat show dalam lori or van jenazah kat public. oke la tuh, boleh femes sebentar kan. hehe.

aiman, apa yang peleknyaa. ? harr. sembahyang Jumaat. diwajibkan ke atas setiap lelaki yang memenuhi syarat2 sah wajib sembahyang Jumaat.




SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
1. Islam
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim

tapi ada tak unit pencegah pemonteng sembahyang Jumaat. ? ada ke tidak. ? berapa ramai lelaki Islam kat luar tuh, time khatib baca khutbah, diorang bersembang kat kedai makan, diorang sibuk dengan meeting, diorang gigih buat air liur basi, ? takda pulak yang nak menangkap kan. ?

even puasa di bulan Ramadhan ialah wajib, tapi jika ditinggalkan ibadah tu dengan sengaja, hanya dia dengan tuhan, dan puasa tu boleh diganti. macam mana dengan sembahyang Jumaat. ? boleh ganti. ? heaven no la brother.

"Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp menerima petunjuk"

hadis riwayat Abu Daud

iklan : Doa Solat Duha





[youtube https://www.youtube.com/watch?v=1e-9puhEZ-I]
masa : 1 Ramadhan 19xx Hijrahtempat : gerai kak limah
pakcik A   : wes B, order kan aku teh panas 1 gelaspakcik B   : mak mak, mintak teh panas 2 gelas kasi cow2 okepakcik A   : pundek, aku mintak segelas ja punpakcik B   : satu lagi tu aku punya laaa
tetiba pakcik2 hensem polis datang serbu kedai
polis ABC : kamu semua, jangang cuba nak lari, duduk diam2 dan teruskan makan dan minum kalian sampai habis. habis makan, pengang setiap benda yang kau2orang guna untuk makan - pinggan , cawan, sudu, garfu
pakcik A   : mak mak, mintak teh panas lagi 3 gelas, kasi cepat okepakcik B   : pss, kau ni nak mampus awal ka time2 ni buat loya buruk macam tupakcik A   : kau diamlah
di balai polis
HeadCops : pakcik A & pakcik B, cuba tunjuk barang2 bukti kau dua orang tak puasa.HeadCops : aih, kenapa ada 5 gelas ni. ?
pakcik A   : owh, lagi 2 gelas saya dengan si B ni haa.. lagi 3 gelas tu, tuh polis ABC yang punya, diorang tumpang sekaki tadi encik.
HeadCops : oke, kau dua orang boleh keluar, senyap dan jangan poteng puasa lagi
moral of the story - buat apa2 pun, biarla bijak.. haha! *dengan Tuhan la weyh..

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Dewan Kenduri Sekitar Banting Sepang