Manusia dan Bulan | jawapan

Salam

dalam entri Fakta + sedikit Auta sebelum ni,, aku just buat entri gambar... yang cuba untuk mengajak blogger / pembaca lain untuk cuba mencari maksud terisat di sebalik 2 perbandingan yang aku cuba tunjukkan tuh... MANUSIA dan BULAN... jawapannya SUNYI~

haaa,, sah dah dapat agak kan,, apa maksud tersirat tuh.. hehe.. yang tak dapat agak,, teruskan membaca okeh...

MANUSIA
ramai
Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nisa’ ayat 1 maksudnya:
" Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan ( menggunakan ) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain dan ( peliharalah ) silaturrahim "


disebutkan dalam firman di atas,, kita diwajibkan untuk memelihara silaturrahim.. tak akan turunya firman tu kalau ada manusia yang ditakdirkan untuk hidup seorang diri.. kawan, ibu-bapa, masyarakat dan ciptaan2 lain di sekeliling kita menjadikan hidup kita tidak sunyi.. 
seorang
Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ayat 89 maksudnya :
"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU) ."

sunyi, berlaku apabila kita mungkin sedang berseorangan, ataupun faktor wajah, harta, perangai dan hasutan perasaan.. 
sunyi itu satu perasaan yang normal, sedangkan di dalam al-Quran telah menceritakan sunyi yang dialami oleh nabi Zakaria sendiri.. sunyi nabi Zakaria sebab tak ada zuriat,, sama lah maksud tak ada sesiapa yang hendak dikongsikan sedih, gembira dan tak tau nak buat apa..

Firman Allah Taala dalam Surah Luqman : Ayat 18, Maksudnya : 
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu kepada orang lain dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

dalam firman di atas,, jelas menunjukkan sombong ialah satu sifat yang tidak disukai Allah..

apa kaitannya dengan sunyi.. ?

MV..
mungkin sesetengah manusia beranggapan perasaan sunyi itu satu perasaan yang akan memalukan diri sendiri jika diketahui umum.. dan dengan menyembunyikan perasaan tu, hari demi hari, perasaan dan fikiran akan menjadi semakin tertekan..

kenapa mesti sembunyi, sedangkan sunyi satu fitrah manusia yang normal.. hipokrik dengan diri sendiri.. ? nahh,, tekanan jiwalah jawapannya..

jika kita sedang mengalami fenomena kesunyian... pertama, fikirkanlah untuk bercerita kepada Allah dan mohonlah petunjuk.. kedua, fikirkanlah untuk bercerita kepada ibu bapa.. jika malu, ketiga,, fikirkanlah untuk bercerita kepada sahabat2 terdekat,, dan seterusnya kepada ciptaan2 sekeliling.. insyaAllah, meraka akan mendengar dan akan cuba membantu.. 

apa akan jadi kalau tak atasi sunyi tuh.. ?

Allah telah berfirman,, bahawa,, Dia tidak sukakkan orang2 yang sombong.. 
walaupun malu untuk bercerita tu tak dikategori sebagai sombong,, tetapi,, berdiam diri dan hipokrik masih lagi dalam kategori sombong perasaan..

apa yang tidak disukai Allah, pasti akan menerima macam2 bagai dugaan dan musibah untuk menyedarkan si sombong tersebut.. tak kan aman, tak kan selamat..

sebab tu, disebabkan putus cinta(punca utama sunyi),, bunuh diri, terjun rail LRT,, 

fikiran manusia terhad,, tak semua perkara manusia dapat lakukan seorang diri,, walaupun sunyi itu satu perkara yang remeh,, tapi ia dapat membunuh seorang yang gagah..

\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/

Firman Allah  dalam Surah Ali Imran, ayat 191, maksudnya :
"iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri,duduk atau berbaring dan mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"wahai tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia,maha suci engkau,maka peliharalah kami dari siksaan api neraka".

BULAN
ramai ?
bulan... cantik bukan.. ? simbol kisah percintaan ramai orang la katakan.. lalala~

seorang ?
dari saat diciptaakan, sehingga ke hari ini... bulan, walaupun bertemankan bintang dan segala tahi2 bintang jika kita tengok dari bumi,sedar atau tak, bulan dijarakkan denganberibu2 tahun cahaya dengan bintang yang terdekat.. cuba lihat,,, jika kita, manusia, menjadi seperti bulan..... apa perasaan kita waktu tuh.. 

tetapi,, itu lah yang telah ditakdirkan untuk bulan.. bukan untuk manusia..

Alhamdulillah... syukur..

(,^^)

ps : haaaa... maaf yaa.. entri ni memang membebel sikit.. MV : moral value tersurat
pss : gila kau Aiman orang nak pikir macam ni dari gambar jaa >.<''

bye~

Comments

  1. xnak hidup sunyi..pale cam bengong je nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. owh.. like3...
    ape pn ape yang terjadi kat dunia ni.. pasti sbb dan hikmah nyer kan?

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn Cikgu. Setiap kejadian tu di tentukan NYA

    PS: ko pe khbar?

    ReplyDelete
  4. NICE ONE. Aku suka penulisan kau. Sangat sangat bermakna :D

    Sunyi itu sekadar perasaan. Aku pernah baca satu artikel ni.

    "Kalau kita sunyi,jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri kerana mengasingkan diri daripada orang lain,menjauhkan diri daripada Allah."

    Perasaan sunyi ini tidak akan hadir jikalau kita berpegang kuat pada Qada dan Qadar,dan berpegang kuat pada jalan Allah. Kerana kita yakin,Allah akan sentiasa bersama kita dan memberikan kita yang terbaik dalam apa jua perkara.

    Kalau kita yakin,kita akan sentiasa tenang dalam hidup. Cancel plan nak bunuh diri :)

    Apa apa pun,like this entry! Sangat sangat bermakna dan penuh value :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung