Aib Dan Pemimpin ? Kaitan ?

Salam

ENTRI INI TIDAK BERKAIT DENGAN MANA2 MANUSIA SAMA ADA YANG TELAH MENINGGAL ATAUPUN MASIH HIDUP

Entri peringatan bersama..... yerlakan.. semua orang, terutamanya lelaki.. suatu hari nanti, mesti akan jadi pemimpin kan.. ? kalau tak jadi pemimpin keluarga,, pemimpin kepada diri sendiri..

sebelum ni aku ada jugak buat entri tentang hormat orang lain boleh hilang jika perkara2 yang disebutkan dalam entri cara nak check dara kau!! tuh dibuat...

kali ni,,, aku just nak huraikan sikit lagi tentag.. membuka aib.. menjatuhkan orang lain.. dan sedikit kaitannya dengan kehormatan..



membuka aib atau menungmpat seseorang secara sengaja atas niat atau tidak berniat ingin menjatuhkan atau memalukan individu lain hukumnya ialah berdosa..

Hadis :

“Siapa yg melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yg sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan dari satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yg memudahkan orang yg sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkan di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yg menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aib di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya.”

"Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”

(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


iklan... jom baca sirah nabi kejap

*****
satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak... wansyur 'alaina rahmatak... "

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi... asqinaa... "

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian... "

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun... keluarlah ke hadapan kami... kerana engkaulah hujan tidak turun... "

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"


*****
"
Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"
"

sedangkan Allah menjaga aib hambanya,,, apa hak hamba untuk membuka aib orang lain.. ??




Aib seseorang, boleh dibuka dalam 6 perkara


1- Ketika Dizalimi.

mengadu tentang perbuatan orang yang menzalimi kepada hakim, atau kepada orang yang mempunyai kuasa untuk menghilangkan kezaliman tersebut..

jika yang membuat kezaliman ialah hakim, pengaduan hendaklah diadukan kepada ketua negara..

jika ketua negara pula yang berlaku zalim,, rakyat perlu diberitahu tentang kezaliman pemimpin kerana rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin..

2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.

“Ketika sampai berita kepada Omar bahawa Abu Jundul telah membuat arak di Syria, beliau terus menulis surat untuk menegurnya. Abu Jundul terus bertaubat dan Omar tidak berpendapat bahawa berita yang sampai kepadanya itu adalah satu umpatan.”(Ihya ‘Ulumuddin; Ibid)

3- Ketika Meminta Fatwa.

“Hindun binti Utbah telah bertanya hukum kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang bakhil: ‘Dia tidak memberikan harta yang mencukupi bagiku. Bolehkah aku mengambil hartanya tanpa pengetahuannya?’ Jawab Rasulullah: ‘Ambillah secara yang mencukupi untuk diri dan anakmu secara yang makruf.’ ”(Bukhari –Muslim)

4- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan Dan Bidah.


Imam Al Ghazali telah berkata: “Apabila kamu melihat seorang alim sering mendatangi seorang pembuat bid’ah atau kefasikan, dan kamu takut bid’ah itu menular kepadanya, maka kamu berhak menceritakan tentang keaiban orang itu kepada si alim tadi. Yang menggerakkan kamu melakukannya ialah ketakutan menjalarnya bid’ah dan kefasikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

contoh,, kes buka aib tentang errr Ayah Pin (ajaran sesat)


5- Umpatan ke Atas Mereka Yang Menzahirkan Maksiat.


Imam Al-Ghazali telah menegaskan: “Orang-orang lelaki yang menampakkan dirinya sebagai wanita, mereka yang mempunyai tempat minuman keras yang mana arak diminum secara terang-terangan dan mereka yang meminta harta menusia secara paksaan, kesemua mereka adalah termasuk di dalam golongan yang menzahirkan perbuatan keji, dimana mereka tidak memelihara diri mereka dari disebut-sebut. Apabila kamu menceritakan tentang mereka dan maksiat yang mereka zahirkan, maka kamu tidak berdosa.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)


6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan.


beri gelaran.. paling famous digunakan kita.. hehe.. contohnya.. dalam budak2 kolej aku,, ada 3 orang nama Aiman.. so, setiap seorang ada gelaran masing2..

*kadang2,, gelaran yang diberikan kepada seseorang,, akan menjatuhkan maruah individu tersebut..

wa Allah hu alam...
apa kaitan.. ?

tetapi... apa kesan kita(pemimpin) membuka aib orang lain... ??

"A ialah seorang ketua.. kawan.. cikgu... lect... sebagainya

telur tidak berbau,, A juga seorang yang suka buka aib orang..

pot pet orang ni buat ni xxx

pot pet orang tu buat tu xxx"

apa kau orang rasa... ?? relex.. ?? =.=''




ya... kepada kita... sifat mengumpat, atau menceritakan aib orang dengan banyak,, akan secara tidak lansung akan menjatuhkan maruah diri sendiri.. dan sifat hormat orang lain kepada kita akan hilang..

mengumpat orang lain memang best.. kadang2 terjadi secara tak sengaja kan... tapi,, beringat2.. kalau kita asyik dengan mengumpat.... kita bagaikan telah mendedahkan kehormatan diri.. orang tak kan respek orang yang macam tu..

mulut busuk!
mulut telur!

aku masih suka sangat2 dengan #GantiPeribahasaDenganTelur tuh




sumber keseluruhan : google

ps : hurai la sangat kan.. ? padahal tak pun =.=''
pss : macam biasa... entri aku memang berterabur.. tak reti ngarang  :p

bye~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung