Jurukamera Bernama TV Terbunuh Di Somalia.

Salam

tadi time aku sedap2 makan depan tv, terbaca di bahagian berita kecil kat bawah skreen tv tuh.. agak setengah jam aku tunggu dan nak confirm betul2.. (2 pagi)

seorang rakyat Malaysia yang niat nak bantu negara lain meninggal di negara tersebut ?
satu fakta yang payah nak masuk otak,,

(kata Buletin Utama)
Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia.
kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Takziah keluarga Noramfaizul Mohd  Nor dan marilah kita sama sama sedekahkan al-Fatihah buat pejuang media kita ini.

sumber : Utusan Malaysia

ps : berita kecil tuh macam tempat pengumuman bergerak kat tv tuh
pss : nasib baik makan depan tv, kalau tak, memang tak tau lah,, tak minat dengan tv

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung