Bila Aiman Tulis Surat (tolong aku)
Salam [Submitted]
guys girls... tolong kejap.. hehe.. aku dah la lama sangat tak tulis surat ni.. otak dah keras pun T_T
dua hari lepas, aku dapat errr kerja dari ketua belia arau tuk buat surat ni.. tapi, aku jadi macam rasa serba salah pulak, sebab aku bukannya pandai mengarang.. well.. u know.. entri aku pun tak berdiri di atas laluan yang betul (tak lari tajuk) apatah lagi nak tulis benda2 rasmi ni T_T
kau orang tengok surat ni..
perlu ka aku tambah "Majulah Belia Untuk Bangsa" sebelum terima kasih.. ??
guys girls... tolong kejap.. hehe.. aku dah la lama sangat tak tulis surat ni.. otak dah keras pun T_T
dua hari lepas, aku dapat errr kerja dari ketua belia arau tuk buat surat ni.. tapi, aku jadi macam rasa serba salah pulak, sebab aku bukannya pandai mengarang.. well.. u know.. entri aku pun tak berdiri di atas laluan yang betul (tak lari tajuk) apatah lagi nak tulis benda2 rasmi ni T_T
kau orang tengok surat ni..
*****
Mohd. Nor Jasmin B. Abd. Samad
No. 15 Jalan Teja 1 RPA,
02600 Arau,
Perlis
________
Datin Seri Dato’ Shamsiah Bt. M. Yassin
Pusat Khidmat Kubang Gajah,
02600 Arau,
Perlis 26 OKTOBER 2011
Datin,
Memohon Sumbangan Kewangan untuk Studio Kugiran Pusat Khidmat Kubang Gajah
Saya selaku wakil ahli Belia Arau, dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita
dimaklumkan bahawa Persatuan Belia Arau akan menubuhkan sebuah studio kugiran untuk ahli - ahli Belia Arau dan kepada mereka yang berminat.
2. Penubuhan studio kugiran ini adalah bertujuan untuk mengcungkil dan mengasah bakat ahli kugiran yang berdaftar dan masih belum berdaftar. Di samping itu, aktiviti berkugiran dapat mengisi masa lapang ahli belia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seterusnya dapat membanteras masalah sosial dalam kalangan remaja.
3. Anggaran perbelanjaan bagi semua alatan dan barangan ialah sebanyak RM15,000.00. Kos anggaran adalah termasuk kos penghawa dingin, perakam muzik dan beberapa alatan lain seperti yang disertakan di lampiran A. Pihak kami, Persatuan Belia Arau ingin memohon bantuan kewangan sebanyak RM12,000.00 dari pihak Datin, dan baki RM3,000.00 akan ditanggung oleh ahli Belia Arau sendiri.
4.Adalah amat besar harapan kami di Persatuan Belia Arau ini semoga permohonan ini benar-benar mendapat perhatian dari pihak Datin. Maklum balas yang positif dari pihak Datin amat kami harapkan. Jika Datin memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan cadangan ini, pihak kami sedia di hubungi pada bila – bila masa.
5. Segala perhatian, pertimbangan dan bantuan dari Datin, kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih
Yang Benar,
.....................
(Mohd. Noor Jasmin B. Abd. Samad)
Ahli Belia Arau
*****
T_T mintak bantuab RM 12 000... kalau aku tulis silap, kena reject... mati aku T_T
sebelum ni pernah buat dah surat, dan bantuan tu diterima.. sebab kepercayaan ni diletak atas kepala aku..
tapi,, diorang tau dak yang SPM aku BM dapat B+ jaaa T_T
mana salah ayat, salah apa2, salah format ka,, bagitau lah..
ada cadangan.. ada penambah rasa, penyimple lagi ka.. bagitau laa
aku rasa macam panjang.. sebab, aku dapat rasa,, kalau nak hantar surat direct ke penerima, surat tu mesti la tak panjang sangat.. sebab, orang tu mesti la busy, so dia akan rasa sedikit kurang angin tuk baca surat panjang2 T_T
nak malam ni T_T
perlu ka aku tambah "Majulah Belia Untuk Bangsa" sebelum terima kasih.. ??
bye~
help~~~ [Submitted]
mish xberani nak komen. sebab BM masa SPM pun B. hahah...
ReplyDeletehehehe.. sama la kita ~
ReplyDeleteMohd. Nor Jasmin B. Abd. Samad
ReplyDeleteNo. 15 Jalan Teja 1 RPA,
02600 Arau,
Perlis
________
Datin Seri Dato’ Shamsiah Bt. M. Yassin
Pusat Khidmat Kubang Gajah,
02600 Arau,
Perlis 26 NOVEMBER 2011
Datin,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK STUDIO KUGIRAN PUSAT KHIDMAT KUBANG BAJAH
Saya selaku wakil ahli Belia Arau, dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Belia Arau akan menubuhkan sebuah studio kugiran untuk ahli - ahli Belia Arau dan kepada mereka yang berminat.
2. Penubuhan studio kugiran ini adalah bertujuan untuk mengcungkil dan mengasah bakat ahli kugiran yang berdaftar dan masih belum berdaftar. Di samping itu, aktiviti berkugiran dapat mengisi masa lapang ahli belia daripada melakukan perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri serta masyarakat seterusnya dapat membanteras masalah sosial dalam kalangan remaja.
3. Anggaran perbelanjaan bagi semua alatan dan barangan ialah sebanyak RM15 000. Kos anggaran adalah termasuk kos penghawa dingin, perakam muzik dan beberapa alatan lain seperti yang disertakan di lampiran A. Pihak kami, Persatuan Belia Arau ingin memohon bantuan kewangan sebanyak RM12 000 dari pihak Datin, dan baki RM3 000 akan ditanggung oleh ahli Belia Arau sendiri.
4.Adalah amat besar harapan kami di Persatuan Belia Arau ini semoga permohonan ini benar-benar mendapat perhatian dari pihak Datin. Maklum balas yang positif dari pihak Datin amat kami harapkan. Jika Datin memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan cadangan ini, pihak kami sedia di hubungi pada bila – bila masa.
5. Segala perhatian, pertimbangan dan bantuan dari Datin, kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih
Yang Benar,
.....................
(Mohd. Noor Jasmin B. Abd. Samad)
Ahli Belia Arau
cube tengok macma mana?hehe
ReplyDeletenia~ thanx Biqa!!
ReplyDeletewuuhuuu
ReplyDeletetgjwb berat ni kan
tapi mimi bace tu cm dah okeh je
hehe
insyaAllah, walau BM dulu dapat B+ je
tapi skrg kan berkerjaya
dh lebih tahu bahasa2 semasa
semoga selamat semuanya =]
uuii, sampai 5 point?
ReplyDeletepasal perkara yg membahayakan tu, pelik sikit la. tak perlu la ckp. cakap masalah sosial sudah.
no 4 mana? terus no 5?
ayat dirujuki tu tak sesuai. guna ayat dirujuk.
done edit.. thanx kak cik!!
ReplyDeleteada cara ka nak bagi ringkas.. ??
ReplyDeletekalau tak salah la,angka tu kena tulis penuh contoh RM12,000.00..bukan apa takut org p tmbh2 ke..
ReplyDeletethanx! :)
ReplyDeletesama2..hee..tajuk tu Kubang Bajah..kan lupa lak.
ReplyDeletenice dah ni. aku tak tahu nk ubah apa
ReplyDeleteok dah ni
mintak tolong nuff xbley?keh3 :P
ReplyDeleteeh...mntk tlg nuff pun ada jugak.. hehe :p
ReplyDeletesorry aiman. aku tak suka tulis surat.jadi xdpt nak komeng. tu kak Biwa dah tolg kan. good luck.
ReplyDeletetatabahasa ade yg salah le dikk.. huhuhuh... xpe dah lepas kan??? keh keh keh :p
ReplyDelete