Gadget terbaik 2011 + Giveaway!!
Salam
pagi! tadi lepas bekfes, tak tau nak buat apa.. login dashboard :( tak ada yang update lagi.. so, berbalik kepada rutin biasa,, baca article2 yang ada kat MyNewsHub.. hoh.. walaupun sense of humor kurang, article ada la ilmu, best..
so,,, tadi,,, terjumpa article ni.. heee.. mesti ada yang malas bukak MNH kan.. ? update your mind :p iPhone is not the coolest.. haha! why. .? keep reading *ke keeps. .? noob Aiman.. ==''
Mana Giveaway.. .??? ada kat bawah sekali..
Giveaway .!.!.
haa... MNH ada buat giveaway.. hadiahnya.. damn.. Samsung Galaxy SII tuh.. giveaway means free give!
jom.. mane la tau... kau orang bertuah untuk bulan ni ka kan.. nak join,, kelik link SINI ...
Goodluck!!
tak nak join ke. .?? alaa.. oke2.. tolong aku eh.. ko kelik link tuh, ko daftar semua mana patut, kemudian, ko submit, bila dapat hadiah nanti,, kasi je aku.. aku nak~
(,^^)
bye~
pagi! tadi lepas bekfes, tak tau nak buat apa.. login dashboard :( tak ada yang update lagi.. so, berbalik kepada rutin biasa,, baca article2 yang ada kat MyNewsHub.. hoh.. walaupun sense of humor kurang, article ada la ilmu, best..
so,,, tadi,,, terjumpa article ni.. heee.. mesti ada yang malas bukak MNH kan.. ? update your mind :p iPhone is not the coolest.. haha! why. .? keep reading *ke keeps. .? noob Aiman.. ==''
*****
Anugerah T3 bagi tahun 2011 diumumkan minggu lalu dengan Microsoft Kinect diundi untuk menerima Anugerah Gadget Terbaik Tahunan. Manakala Samsung Galaxy SII dinobat telefon bimbit terbaik.
Berikut adalah senarai penuh pemenang;
Gadget Terbaik Tahun 2011: Microsoft Xbox Kinect
Ia adalah barangan pengguna tahan lama yang paling pantas dijual sepanjang zaman. Mengguna alat pengesan gerakan, Kinects menghubungkan anda ke dalam permainan komputer untuk membolehkan anda mengawal dan berinteraksi dengan permainan maya tanpa perlu menyentuh pengawal (controller) game.
Komputer Terbaik: Apple Macbook Air 11 Inci
Apple Macbook Air 11 Inci menewaskan pesaing daripada Samsung dan Sony untuk dinobatkan sebagai Komputer Terbaik 2011. Dengan RAM 4GB yang begitu mengagumkan dan alat penyimpanan SSD, MacBook Air bukan sahaja pantas tetapi menawan mata yang memandang.
Gadget Commuter: Amazon Kindle
Alat pembaca buku elektronik oleh Amazon, Kindle dinamakan gadget commuter (pengulang-alik) terbaik tahun ini menewaskan iPAD dan iPhone. Dengan berat yang kurang daripada kulit buku yang lembut, Kindle mampu memuatkan sehingga 3,500 buah e-buku, manakala fon halusnya membolehkan ia dibaca walaupun dalam persekitaran cahaya terang-benderang.
Tablet Terbaik: Apple iPad 2
Tidaklah memeranjatkan bahawa Apple iPad 2 memenangi anugerah Tablet Terbaik 2011. Ia telah menguasai pasaran walaupun bergelut dengan persaingan sengit daripada Samsung dan alatan berasaskan teknologi Android yang lain. Apple memperkukuhkan iPad2 dengan dual pemprosesan ARM A5 yang secara dramatik memperbaiki mutu tablet yang digerakkan dengan ios.
Telefon Bimbit Terbaik:Samsung Galaxy SII
Samsung Galaxy SII berjaya menewaskan iPhone 4 untuk merangkul gelaran yang diburu banyak pihak, Telefon Terbaik. Antara kelebihan telefon itu ialah ia dipacu dual-teras 1.5 GHz processor, paparan 4.3 inci, technology wave and pay dan kelajuan muat turun 4G.
Televisyen Terbaik: Samsung UE55D8000
Samsung sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghasilkan set televisyen yang terbaik. Samsung UE55D8000 memboleh penonton melayari Youtube, Facebook, Twitter menerusi pelbagai aplikasi televisyen. Bentuknya yang amat nipis dengan diskong ciri-ciri 3D dan HDMI secukupnya mampu memuaskan hati sesiapa sahaja.
Gadget Kerja Terbaik: RIM Blackberry Bold 9780
Berhadapan dengan persaingan yang begitu sengit daripada Apple, Samsung dan HTC, Blackberry Bold 9780 diundi sebagai Gadget Kerja Terbaik 2011. Telefon ini dengan sistem operasi Blackberry OS terbaru memiliki elemen multimedia dan multisentuhan yang lebih baik.
Anugerah RekabentukT3 : Apple MacBook 11 Inci
Apple MacBook 11 Inci menewaskan pesaing daripada notebook Samsung Series 9 untuk merangkul gelaran itu. Dengan RAM 4GB dan penyimpanan pacuan SSD, MacBook Air bukan sekadar pantas, tetapi amat menarik.
Kamera Digital Terbaik: Canon PowerShot G12
Ia menewaskan Fuji Finepix X100, Olympus E-PL2 dan Nikon D3100. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10 Megapiksel berserta perakam video 720HD.
Aksesori Gadget Terbaik: Kad Eyi-Fi Pro X2
Kad ini mampu menampung 4,000 gambar atau kandungan video selama 3 jam dan mampu sambung terus ke rangkaian Wi-Fi anda.
Gadget Permainan Komputer Terbaik: Microsoft Xbox Kinect
Menggunakan alat pengesan pergerakan, Kinects menjadi anda sebahagian daripada game kerana membolehkan pemain mengawal dan berinteraksi dengan game tanpa memegang alat kawalan.
Gadget Musik Terbaik : Monster Beats oleh Dr. Dre Pro Studio
Diperbuat daripada rangka aluminium dan amat ringan, Monster Beats menerima anugerah gadget musik terbaik
Gadget Kegunaan Di Rumah Terbaik: Philips Airfryer
Daripada menggunakan lemak untuk memasak kentang goreng, alatan dapur berevolusi ini memasak dengan menghangatkan udara. Airfryer menggunakan teknologi Rapid Air yang membolehkan makanan-makanan dimasak tanpa menggunakan lemak.
Inovasi Terbaik: Razer Switchblade
Revolusi seterusnya untuk permainan komputer sudah hampir.
Perkhidmatan Digital Media Terbaik : Twitter
Twitter muncul perkhidmatan terbaik menewaskan Facebook dan Youtube kerana aplikasinya yang digunakan secara meluas dalam iPhone, Android dan iPad.
Aplikasi Terbaik: Flipboard
Flipboard adalah aplikasi percuma yang merevolusikan cara pemilik iPads menggunakan bahan digital dengan menghasilkan majalah peribadi untuk para penggunanya dari pelbagai sumber feeds.
Personaliti Gadget Tahunan: Mark Zuckerberg
Dengan lebih 500 juta pengguna, pencipta Facebook ini dipilih sebagai personaliti tahun 2011.
Peruncit Tahunan: Amazon UK
Jenama Teknologi Tahunan: Google
Sumbangan Luar Biasa Kepada Bidang Teknologi: Sir David Attenborough
Giveaway .!.!.
haa... MNH ada buat giveaway.. hadiahnya.. damn.. Samsung Galaxy SII tuh.. giveaway means free give!
jom.. mane la tau... kau orang bertuah untuk bulan ni ka kan.. nak join,, kelik link SINI ...
Goodluck!!
tak nak join ke. .?? alaa.. oke2.. tolong aku eh.. ko kelik link tuh, ko daftar semua mana patut, kemudian, ko submit, bila dapat hadiah nanti,, kasi je aku.. aku nak~
(,^^)
bye~
target tahun ni memang nak tuka phone samsung galaxy SII. eee..tak sabar nye..
ReplyDeleteberangan nk pkai mcbook jee.. hahaha !
ReplyDeleteklau dpt hadiah free gitu je nk gak..heheeee..erk..knape tnye pakai pencuci muka apa..haha..pakai yg biasa2 je pun..huhuu
ReplyDeletesalam !
ReplyDeletewoi lama x komen sini haha
err okay2 tlebih sudah.hua3
aku malas r giveaway2 bagai nie. tp mcm best je an. :)