Kegunaan Rohypnol Dalam Kehidupan Dan Bahayanya

Rohypnol ialah antara dadah yang dapat melembabkan/melemahkan sistem saraf (depressant). Oleh sebab kesannya yang pantas, ianya digunakan secara meluas di dalam hospital dan semua pusat pusat yang berkaitan dengan perubatan.



Kegunaan Rohypnol dan Penyalahgunaannya

Seperti semua dadah depressant, rohypnol dapat mengurangkan perasaan bimbang dan dapat mendorong kepada mengantuk. - mengikut dos yang diambil dan cara pengambilan.

Kebaikannya ialah ia antara ubat penenang yang berkesan untuk digunakan, selalunya di dalam hospital dan rumah sakit jiwa jika pesakit menimbulkan sebarang kekacauan atau terlalu bimbang. Ia juga sebagai salah satu cara mengubat penyakit insomnia - sukar untuk tidur. *Is insomnia a penyakit ? I wonder.

Selalunya, bagi individu yang dapat mempunyai dadah rohypnol secara persendirian, ia dimakan bersama dengan alkohol kerana dapat memberi kesan hayal yang lama. Dari sifatnya sendiri - dadah; ianya akan memberi kesan sampingan kepada penyalahgunaan seperti cepat marah, perubahan mood secara tiba tiba dan mudah bertindak ganas.

Rohypnol
Dadah rohypnol juga antara dadah yang terkenal di kalangan perogol. Nama lain bagi dadah ini ialah Date Rape Drug. Satu pil rohypnol yang dilarutkan di dalam minuman biasa, akan memberi kesan mengantuk - tidur nyenyak. Di samping itu ia juga akan meninggalkan kesan amnesia sementara iaitu lupa ingatan sementara.

Bagi individu yang menggunakan pil ini untuk tujuan tersebut, ianya seperti sesuatu yang selamat bagi mereka, dapat merogol tanpa halangan, jeritan dan diingati. Dek kerana mangsa tidak akan ingat apa-apa yang berlaku semalam apabila sedar dari tidur.

Bagi wanita di luar sana, ingat fakta ini

Dadah rohypnol sekarang sudah maju, apabila ia larut di dalam air minuman, walaupun air kosong, ianya tiada warna, rasa dan bau.

Cara Untuk Elak Terkena

  • Jangan terima minuman gelas daripada orang asing, bagus kalau tidak terima daripada sesiapa pun.
  • Jangan terima air tertutup yang sudah dibuka, juga daripada orang asing - air tin, botol.
  • Perhatikan air minuman yang ditinggalkan untuk sementara
  • Dan, saling menjaga antara satu sama lain - perempuan dan perempuan
Kadang-kadang, orang rapat pun boleh jadi pemangsa. Kejahatan tak kenal masa, tempat dan hubungan.

Tapi, rasanya, ada jugak kes perempuan pedajal perempuan. Hati hati, dan jangan kata lelaki tak terkena, pil rohypnol ni boleh juga guna untuk menyamun.


Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung