Projek Manusia Keratan Rentas
Projek Manusia Keratan Rentas ? Ianya ialah projek jangka masa panjang oleh National Library of Medicine (NLM) semenjak 1986.
Ianya ialah gabungan lengkap dari segi anatomi dan direkod dalam representasi 3 dimensi keratan rentas tubuh badan lelaki dan perempuan. Keratan rentas tersebut ialah hasil daripada Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan Prosedur Pembekuan Seksyen (cyrosection) mayat lelaki dan perempuan secara melintang.
![]() |
| Cryosection through the head of a human male. |
Untuk badan lelaki ianya telah di ambil secara melintang untuk setiap milimeter, dan untuk badan perempuan diambil untuk setiap suku milimeter.
Matlamat jangka masa panjang projek ini ialah untuk menyediakan pengetahuan tentang sebuah sistem struktur bentuk badan manusia yang bersambung antara satu keratan rentas ke satu keratan rentas yang lain yang dapat dilihat secara visual secara lengkap bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang perubatan seperti nama sesuatu struktur di dalam badan.
Maklumat Tambahan
Badan lelaki yang dijadikan kajian saintifik tersebut ialah badan Joseph Paul Jernigan. Beliau berumur 38 tahun dan telah dijatuhkan hukaman mati atas kesalahan membunuh. Semasa di dalam gereja penjara, beliau telah terfikir untuk tidak mati dengan sia-sia. Oleh itu, beliau telah bersetuju untuk menjadikan mayatnya sebagai kajian saintifik tanpa mengetahui tentang Projek Manusia Keratan Rentas ini.
Manakala, badan perempuan yang dijadikan kajian saintifik tersebut ialah milik seorang perempuan berumur 59 tahun yang disembunyikan identitinya. Di dalam akhbar, beliau dikatakan ialah seorang suri rumah yang telah meninggal akibat daripada sakit jantung. Kebenaran diminta oleh suaminya untuk menjadikan badan isterinya sebahagian daripada projek ini.
Video Hasil Projek
Ini ialah antara hasil projek tersebut ;
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=dPPjUtiAGYs]ps : Aku bukan seorang specialist dalam mana-mana bidang perubatan, mahupun bukan seorang pelajar perubatan. Sebarang kesalahan harap ditegur

Comments
Post a Comment