Penggunaan Hubpages.com
Apa Itu Hubpages ?
Hubpages.com ialah salah satu platform penulisan seperti blogger.com dan wordpress.com.
Dicipta pada tahun 2006 oleh Hummer Winblad dengan kos anggaran 2 juta dollar.
Sekarang, ia antara 50 website yang paling kerap dikunjungi di US dan antara 200 paling kerap dikunjungi di dunia.
Artikel yang ditulis di hubpages ianya dipanggil sebagai Hub, dan penulis dipanggil sebagai Hubber.
Macam Mana Hubpages Digunakan ?
Penulisan
Hubpages hanya terhad kepada penulisan artikel Bahasa Enggeris. Penulis perlu memastikan tiada kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa dan ianya mestilah sesuatu yang unik untuk mendapat markah artikel yang baik dan tidak ditendang oleh Hubpages sendiri..
Hubpages juga memantau setiap artikel yang telah disiapkan. Jika berlaku sebarang kesilapan atau masalah, hubpages akan senaraikan mengikut masalah mengikut yang berikut, broken links, missing summary, contains violations, needs revision dan irrevocable.
Paparan Hub
![]() |
| capsule hub |
Seperti wordpress.com, hubber dapat memilih sama ada ingin menggunakan tajuk sebagai url ataupun membuat url sendiri untuk hub yang bakal disiarkan.
Lihat contoh hub Kelong Fishing, Kelong Stay in Malaysia, di mana hubber mempunyai banyak pilihan capsule untuk dimasukkan ke dalam hub tanpa memerlukan pengetahuan HTML.
Muka depan hub seperti yang dapat dilihat di dalam contoh hub tersebut, muka depan hub tersebut telah tersedia direka seperti itu. Artikel di bahagian kiri manakala pilihan-pilihan dan latar belakang penulis ada di bahagian kanan.
Reaksi Pembaca
Pembaca hub mempunyai banyak pilihan untuk menghargai sesuatu hub. Selain itu, klasifikasi sesuatu hub juga ditentukan oleh pembaca seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas, terdapat usefull, funny, awesome, beautiful dan interesting.
Untuk meninggalkan komen di ruangan komen hub, pembaca perlu mempunyai akaun hubpages terlebih dahulu.
Hanya Terhad Pada Penulisan ?
Hubpages tidak terhad kepada hanya sebagai platform penulisan. Hubber juga dapat berkongsi cerita-cerita menarik, bertanyakan soalan-soalan dan juga terlibat di dalam forum.
Tidak seperti facebook, apa yang dikongsikan hanya terhad mengikut kepada pilihan pengguna. Di hubpages, hanya status dan hubtivity sahaja yang terhad kepada follower. Soalan dan sebarang post di forum akan disiarkan secara umum bagi memastikan soalan-soalan dijawab dengan baik dan forum menerima isi yang bernas.
Hubtivity
Hubtivity ialah aktiviti yang hubber lakukan seperti post status, follow hubber yang lain dan siarkan hub yang baru. Hubtivity hanya terhad kepada followers
Markah Hub dan Hubber
Penulisan yang baik akan menerima markah hub yang baik, dan ini akan memberi kesan kepada markah hubber.
Markah Hub
![]() |
| salah satu aimanayie punya hub score |
Setiap penulisan akan diadili oleh hubpages mengikut skala dan cara yang telah ditetapkan dan keputusan pengadilan tersebut diterjemah ke dalam markah hub.
Markah hub akan memberitahu pembaca nilai sesebuah hub. Tidak bergantung kepada nilai followers seperti di blogspot, like dari pengunjung facebook atau bilangan komen, tetapi hanya bergantung kepada markah hub sahaja.
Markah yang baik akan menerima tanggapan yang baik. Markah yang kurang mungkin akan dianggap tidak bernilai oleh pembaca. markah 1 hingga 100.
Markah Hubber
Seperti markah hub, ia juga mencerminkan nilai dan juga perkara pertama yang dilihat oleh pembaca. Markah hubber ialah markah kumulatif terkumpul dari semua markah hub yang diperoleh dari hubber tersebut.
Markah hubber yang tinggi mencerminkan hubber tersebut mempunyai hub hub yang bernilai dan boleh dibaca, lebih rendah, tanggapan buruk sebaliknya.
Selain mencerminkan hubber, ia juga sebagai penentuan dofollow/noffolow link di dalam hub.
Hubpages Salah Satu Pembaikan SERP
Hubpages ialah web 2.0 dan memiliki pagerank 6 *baru-baru ini jatuh kepada 4.
Hubpages menitikberatkan tentang penulisan hub. Hub yang tidak baik akan ditendang dan diberi markah yang rendah, hub yang baik akan menerima markah yang baik. Sehubungan dengan ini, hubpages menerima kepercayaan yang baik daripada google.
Terdapat mitos mengatakan, google sangat menyukai sistem permarkahan yang digunakan oleh hubpages kerana ia memudahkan mereka untuk menempatkan artikel atau SERP yang betul.
Hubpages mempunyai sistem yang dynamic dalam menentukan bila sesuatu link di dalam hub akan di dofollow atau nofollow, dan ini bergantung kepada markah hubber. Markah hubber ialah 75 atau ke atas, semua link di dalam hub akan menjadi dofollow secara automatik. Markah hubber yang rendah daripada itu, link di dalam hub akan mejadi nofollow.
Juga mitos yang tersebar, hub yang baik akan memberi kesan yang baik kepada link yang berada di dalam hub tersebut.
Kesalahan Semasa Menggunakan Hubpages - kepada rakan baru di dalam hubpages
Berdasarkan apa yang aiman perhatikan selama lebih dari 3 minggu di dalam hubpages. Kesalahan-kesalahan hubber baru seperti aiman sendiri ialah seperti berikut.
- Cara penulisan hub berbeza dengan blogging
- Tidak membaca dokumen peraturan dengan baik
- Salah faham hubpages sebagai satu laman sosial.
- Tidak dapat menulis dengan English yang baik
- Hubpages bukan tempat cepat dapat keuntungan - advertise menggunakan adsense
- Gagal mengambil masa untuk mempelajari hubpages
- Gagal menulis isi kandungan profile dengan kreatif
- Gagal menulis hub yang mempunyai kandungan yang unik dan akhirnya
- Gagal meletakkan usaha dalam penggunaan hubpages.
Oh, forgot to mention. Mungkin suatu masa nanti, bagi pelajar, akan mempunyai assignment yang memerlukan hubpages. Dan ia juga salah satu tempat pembaikan English Language yang baik :)






nice info bro
ReplyDelete