Sains Kuantitatif - Soalan Jawapan


logo FSKM
Perbualan 1

*****
Questioner ;
hi, saya nak tnya mengenai sains kuantitatif, sbb saya pun dapt twaran course ni di uitm arau. 
saya nak tnya betul ke course ni tak jamin masa hadapan lpastu last2 jadi cikgu? 
lpastu kalau blajar course ni, degree boleh sambung ape? akaun? sains aktuari?
saya pun tgh bingung sbb mak saya sruh saya pergi matriks buat akaun. 
technically course ni menjamin masa depan tak?
thank you(:


Aimanayie | Just a Personal Blog ;
Hi there. betul ke tidak course ni menjamin masa hadapan ? secara umumnya, bergantung kepada rezeki. Tapi, saya sendiri boleh cakap, yes, memang agak tidak menjamin di Malaysia 

tapi wait. bila dah sambung degree, peluang tu makin banyak.

dalam sains kuantitatif, kita belajar apa yang budak2 course lain belajar. tapi kita still lebih kepada matematik dan statistic *forgot to mention in the post 

dalam degree, boleh sambung actuarial, perakaunan, perbankan, ekonomi, statistic, kpli - pendidikan ijazah, dan lain-lain yg saya kurang tahu.

beza aktuari dan kuantitatif is that, kita di bwah mereka, dan boleh kata, kita ni pelapis ijazah aktuari selain budak2 dip statistic.

DAN

secara teknikalnya, kalau hanya course DIP quantitative sc, tidak menjamin masa hadapan. dengan alasan 

-course ni masih lagi terlalu umum
macam belajar BIO - semua masuk. bermula dengan DIP sains, matrik sains atau asasi yang masih lagi UMUM, then bila masuk ijazah, baru kita dah start fokus dalam bab2 tertentu, kulit, gigi, mata, badan, tulang dll.



****

dapat matrik akaun ? akaun yes menjamin masa hadapan, tapi mesti score je lah. akaun sangat berguna, dan untung kalau minat akaun n boleh score. memang cerah masa depan 

****

harap dapat menjawab. dip QS orang tak tahu sangat, even kalau tanya kaunselor kat sekolah pun diorang What ? QS ? apa tuh, memasak ? damn ~_~

maaf late reply. facebook tak bagi notification ponnnn.


Questioner ;
owhhhhh thanx a lot... banyk juga info... 

so technically saya boleh la yakinkan mak saya degree nanti saya amek la benda lain mcm sains aktuari tu atau ekonomi ke. 

tapi sbenarnya, sains aktuari pun berkembang ke di malaysia? 

lpastu course ni ada fast track?

course ni ada dkat dua kampus je eh? perlis n melaka? mana lagi bagus? uitm arau ok ke? saya tak pernah pergi jauh sampai perlis. saya takut nanti kalau pergi tak boleh belajar je.

n sebenarnya, saya tak pernah minat akaun, n saya tak pasti saya boleh ke blaja matriks sbb kena struggle. 

anyway thanks a lot(:


Aimanayie | Just a Personal Blog ;
bila sampai satu tahap nanti, bila dah pegang ijazah actuarial sc, masih belum boleh digelar seorang actuarist, kena lalui paper professional dlu. yg tu kena tanya yg lebih tahu lah.

yes, dalam malaysia, bidang actuarist memang tak bnyk perlu, 1 syarikat perlukan 1 kumpulan actuarist. 1 kumpulan, 1 hingga 5 orang centu ikut kemampuan dan kebolehan syarikat. lagi besar, lagi ramai.

dan, actuarist boleh mohon macam2 kerja, sebab dia punya knowledge dalam bab2 eco, insuran, math memang dah power. trust me. time ni, kita dah boleh bangga dengan apa yg ada dalam kepala otak even still tak kerja lagi.

FAST TRACK.
Yes, course dip under UiTM ada fast track. dengan syarat sem 1, sem 2, sem 3 dekan berturut2 ataupun CGPA untuk 3 sem atas dari 3.5

kemudian bila masuk degree under UiTM, kamu still masuk sem 1.
saya terang bab perbezaan masa ni boleh ?

DIPLOMA FULL 6SEM - UiTM - bila habiskan dip
bila masuk degree under UiTM, dia akan masuk degree sem 3.
tapi bila masuk degree under ipt lain, dia akan masuk sem 1

MATRIK 1tahun/2tahun
bila masuk degree under uitm or ipt lain, degree sem 1

asasi - yg ni tak dapat kata apa. budak cerdik.

F6
sama macam matrik. degree sem 1.

kak cik. buat la solat mintak petunjuk. tenangkan hati, berdoa banyak2. dan, time2 macam ni, tanya hati kita baik2 ya.

again, actuarial sc kinda tak berkembang di malaysia, but hey, kita ada singapor dan brunei $$

belajar baik2, score baik2, banyakkan doa, insyaAllah ada lah rezeki datang 

All The Best kak cik

*****

Kemusykilan tentang course Dip Quantitative Science ? Kalau nak tanya course ni best ke tak, apa kata tengok macam mana part 2 QS aku habis. Dan, kalau nak tengok sedikit sebanyak macam mana kehidupan seorang pelajar actuarial sc, cuba view blog Melody Of Life - Farhani Mazlan.

Kakak ni dulu pelajar Dip QS UiTM Arau dan sekareang seorang pelajar Actuarial Science UiTM Shah Alam. Mungkin, jika ada soalan apa-apa, boleh diusulkan kepada kakak ni.

[Quantitative Science - Farhani Mazlan]

Kepada yang lebih tahu, bantulah mereka menjawab persoalan-persoalan yang timbul.

Soalan ? Ada 4 cara, facebook massage, twitter, blog komen dan email. Semua ada di ruang 
About Me | Contact. Aku try jawab sehabis baik kalau tak ok, aku tanya sinior lah :p

Goodluck! :)

ps : teringat time aku dilema matrik or uitm dulu. haha.

Comments

  1. nak tny psl fast track. kalau cgpa saya 3.5 ke atas tapi satu subjek fail masa part 3. adakah saya masih layak untuk dipertimbangkan utk program fast track?

    ReplyDelete
  2. berkenaan ni. saya tak pasti lah. cuba call PA okay ? :D

    ReplyDelete
  3. salam, sya nk tau flow dari lpas SPM smpai ke sains aktuari..nk kena amik asasi ap? kna msuk diploma atau tidak? tq

    ReplyDelete
  4. salam, sya nk tanya ttg laluan ke sains aktuari lepas spm? asasi ap yg perlu diambil?kna ambil diploma atau tidak? tq

    ReplyDelete
  5. Fast track tu untuk lepasan apa ye? Thankyouu :D

    ReplyDelete
  6. SPM -> Dip Quantitative Science/sains matematik/statistic/dip actuarial science -> actuarial science

    Itu sahaja yang saya tahu. yang pasti, apa sahaja yang lebihkan kepada matematik, boleh mohon ke sains aktuari.

    apa2 pun, rujuklah kepada yg lebih tahu , kaunselor etc, diorang boleh tolong rujuk kepada sumber yang lebih baik.

    maaf tak dpat membantu :)

    ReplyDelete
  7. yang tu eh. saya tak ambil tahu lah awak :)

    sorry. hew hew hew.

    ReplyDelete
  8. salam...hai, sy student asasi upnm...mmg la asasi tapi u laen xterima student asasi dr upnm..so lepas habis asasi nie sy cadang nak ambik diploma balik..sy budak akaun time spm dlu..sy minat akaun tapi sy rasa sy lebih brminat kpd add math n math..so skang nie sy nak apply diploma balik, dip perakaunan or dip aktuari lg sesuai..ke de course laen lg ok...mintak pandangan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Salam.katakan la saya ambil asasi sains fizikal.still boleh proceed sains aktuari kan ?

    ReplyDelete
  13. Salam . Utk tahun 2013 Masih ade fast track utk dip sc kuantitatif? Saya dapt uitm segamat

    ReplyDelete
  14. fast track, rasanya Dato Sahol dah umumkan pembubaran..... sebab ramai student yang tak dapat adapt cara belajar yang 'berdikari' di level degree..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,,saya degree in science mathematics,, kirenye kos saya ni bole keje sebagai aktuari ke?? Terima kasih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung