[VIDEO] Perasmian MSSM Olahraga 2012 Perlis

logo MSSM
Kejohanan Olahraga MSSM 2012 kali ini menjadikan Perlis, negeri terkecil di Malaysia sebagai tuan rumah. Kejohanan ini dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Syed Faizuddin Putra Jamalullail Raja Muda Perlis dengan memukul ka'kong (kakkong) dan kemudian pukulan diikuti oleh 10 000 lebih pelajar.

Ka'kong ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan pemalunya juga diperbuat daripada buluh. Boleh cari di google.

Bersempena dengan majlis perasmian kejohanan ini, satu rekod baru (Malaysia Book Of Records) telah tercipta, iaitu lebih daripada 10 000 pemain ka'kong memainkannya pada masa yang sama, tempat yang sama dengan rentak yang sama. *Di samping menyambut keputeraan DYTM Raja Muda Perlis.

Enaf with the buletin type of writing. haha.

Persembahan MSSM Olahraga 2012 Perlis

Dah nama negeri terkecil, stadium pun kecil-kecil saja, well, Perlis mengamalkan sikap bersederhana, secara confirm stadium akan penuh. So, start dari pukul 7 aku dah ada sana, dan ya ampun, tak dapat satu seat pon, terpaksa la berdiri tunggu majlis berlansung. Raja sampai dalam pukul 9.30 malam, dan selepas ucapan dari mereka yang nak berucap, persembahan mula dalam kira-kira jam 10.30. *mula dengan ka'kung dari raja dan kemudian bunga api untuk starter persembahan.

Perasmian MSSM Olahraga 2012 Perlis
Persembahan Glow In The Dark
Then selepas tuh, masuk adik-adik kecik lebih kurang beratus jugaklah menari guna kain di tangan kiri dan kanan ikut rentak muzik.

Then aku dah tak ingat susunan persembahan, tapi hanya 4 yang masih terngia-ngia dalam kepala otak aku.

1) persembahan ka'kong
2) persembahan geng baju hujan
3) persembahan gendang
4) bunga api penutup

Dengan suasana gelap, lampu-lampu liplap merata tempat, susun atur lagu dan persembahan, dan sistem siaraya yang gempak, majlis tu best sangat. Terasa macam, 'fuhh, nasib baik aku datang jugak' punya perasaan.

Video Persembahan




[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TDlQkRMGRzI]
Persembahan gendang ni campur sekali dengan err mungkin secebis persembahan ka'kong.
Persembahan geng baju hujan pulak, tak dapat cari video yang terbaik, tapi, ada lah yang ni, just, make sure volume rendahkan, sebab video tu diambil depan speaker. Persembahan ni paling rancak!



[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Eh8K48MALrk]
Super great performance!

Kalau nak tengok lagi, carilah di youtube 'Perasmian MSSM Olahraga 2012 Perlis'.

Owh ya. Aku ada cakap kan aku datang pukul 7, so, sempat la tengok Solat Perdana dalam stadium.




[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RplB61fOc3U]


ps : sorry kepada abang-kakak ijazah UiTM Perlis yang aku tak inform pon tentang ni, aku busy dengan kejohanan besbol piala raja muda, alhamdulillah dapat johan. Lepas ni, akan busy dengan latihan softball untuk pergi ke Singapura pulak. 

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung