First day of the first week.

Salam

Minggu lepas, Jumaat, Sabtu dan Ahad aku busy jemput kawan-kawan aku untuk permulaan sem baru hari ni. Ada hari yang aku tak cukup tido, paksa diri celik mata just tak nak terlepas janji dengan kawan. Mungkin orang nampak macam aku diperguna, mak aku kata, jangan ikut telunjuk sangat, dan yes, tak ramai yang faham aku. Aku rasa seronok bila dapat tolong kawan-kawan. Walaupun ada cara lain nak berseronok dengan kawan-kawan, but hey, at least itu cara yang aku suka dan ikhlas.

Hari ni, first day untuk sem ni. Start kelas pukul 10. Aduhai, pukul 10 punya kelas lah yang aku cukup fobia. Bukan tak boleh bangun awal, boleh, selalu bangun pukul 6.30 centu. Masalahnya, nak tunggu pukul 10 tuh haa kadang-kadang aku tido dulu and then terlajak =.=''

Haa, hari ni dah ponteng 2 kelas. Mat proving dan Bel. Owh, heaven je lepak kat rumah sewa. Haha. First class of the subject, confirm tak ada apa sangat selain terang-terang tentang subject dan buku-buku.

Berjumpa balik dengan kawan-kawan, oh, hmm, yes, enough reason to make me don't have reason to gloom.

Berkenaan dengan contest seo Lelaki Kacak yang aku banyak cerita dalam post post lepas tuh. Haa. Post aku dah ditendang jauh. Huhu. Sebab aku dah tak usik dah dengan post tuh, backlink pon dah stop, promote pon dah stop. Mane tak kene tendang kalau centu kan ?

And, lagi 3 hari sebelum pengumuman penutup contest tuh, dan sehari selepas tuh, pemenang akan diumumkan. Eksaited nak tunggu tengok sapa yang pro gila SEO tuh.

Ok. Aku memang tak sabar dengan sem ni. Tak sabar nak belajar selepas cuti 2 bulan yang menghitamkan dek kerja. Part 3, please be nice with me.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung