Percaya ? Pistanthrophobia ?

Pistanthrophobia ? Pernah dengar perkataan urban tu ? Ini contoh situasi yang mengakibatkan Pistanthrophobia antara si Amin dan si Baini.
Salam.
Amin dan Baini berkawan/couple, ; aku ambil contoh couple lah senang. Mereka berdua bergaduh, gaduh dan gaduh tentang masalah mereka.
Then one day,
Amin : "Baini, I have something to talk about with you hmm to tell you actually."
Baini : "Hang tak payah speaking dengan aku, cakap apa benda."
Amin : "Harap kau dengar sampai habis apa yang aku nak gitau ni eh"
Baini : "Hey, kalau aku boleh charge masa aku dengan hang, aku dah charge paling mahal tau tak, cepat lah!"
Amin : "Baini, sebenarnya hari Isnin hari tuh aku tak dapat keluar dengan kau sebab aku keluar tengok wayang."
Baini : "Jadi ?"
Amin : "Sabarlah, tak habis lagi. Dengar sampai habis ?" *Baini angguk then bagi signal kepala suruh teruskan
"Selasa, aku tak sakit perut pun, aku tak teman ayah aku ke hospital pun, aku tak berkebun pun petang tu. Dari pagi sampai lah ke petang aku keluar pergi dating."
"Rabu tuh, kita gaduh besar kes kau nampak aku keluar dengan perempuan tapi aku cakap dia sepupu aku kan ? Sebenarnya, dia skandal aku, tapi sekarang tak dah."
*Senyap
Baini : "Dah tak dah, betul ni ?" *Amin angguk.
"Kalau macam tu, takpelah, hmm, awak, jangan tipu lagi. Please." *Amin tunduk
Amin : "Baini, ada lagi, hmmm, kau tahu kan yang aku selalu buat kerja dan ada kerja group dengan perempuan" *Baini angguk tanda faham dan tahu.
"Hmmmm."
Baini : "Apa hmm hmmm, mulut ada stokin ?"
Amin : "Sorry Baini, bukan kau saja awek aku, I have 2 more, Cipus dan Dandi."
"Aku couple dengan Cipus seminggu selepas kita couple, dan Dandi pulak dah sebulan dengan dia."
Baini : "Wth ? Amin, hang jangan buat lawak, hang tau perangai setan aku macam mana, satgi dandi ciput sekali dengan hang aku bunuh semua."
Amin : "Sorry."
Baini : "K this is enough. You know arrr Amin, thanx sebab dah celikkan mata aku yang selama ni aku butakan even kawan-kawan aku banyak ceritakan hal hang tapi aku buat tak tau."
"Dan, sekarang baru aku faham, kenapa kita gaduh susah nak baik, susah nak reda, susah nak faham satu sama lain, rupanya hang banyak menipu, hang tak ikhlas pun!"
"So, start from now, kita putus, tapi, since kita dah berkawan lama, k kita still kawan. k bye"
10 days later after that confession of Amin to Baini. HAHA.
Baini : "Hey Amin, awat hang tak mai group project kelmarin ?"
Amin : "Owh, aku kena pergi kebun, tolong ayah aku, sorry."
Kawan Baini mencelah : "Eh ? Semalam aku nampak dia pakai punya smart keluar dari mall dengan perempuan, tak kan lah pergi beli baja dengan perempuan dekat mall."
Baini : "Ok, aku faham. Thanx."
Selepas kejadian tu, tell me, nak percaya lagi atau tak si Amin ?
Pistanthrophobia ialah satu keadaan dimana kita terasa takut untuk mempercayai seseorang akibat daripada penipuan yang telah dilakukan oleh orang tersebut.
Pistanthrophobia ialah satu keadaan dimana kita terasa takut untuk mempercayai seseorang akibat daripada penipuan yang telah dilakukan oleh orang tersebut.
Sebenarnya, aku nak buat short update, tapi dah jadi short story dah pun. Haha.
After we finished arguing with each other, he told me all the lies that he's been saying. From that point on, I have a pistanthrophobia.
Semoga semua dalam keadaan baik baik :)

ouhhh thanks. :)
ReplyDelete