Tidakkah Kamu Melihat ?

Pernah sekali di mana hidup kamu rasa tersekat dengan masalah ? Kamu tidak tahu apa yang patut kamu lakukan bila berhadapan dengan masalah ? Atau, kamu lansung tidak yakin dengan apa yang kamu lakukan, untuk menyelesaikan masalah ?


Salam

Meet this kucing yang sedang berlagak comel. Tak comel pun kan ? Hidung bertompok.

Aku rasa, aku pernah taip post yang macam ni dulu, tapi, dah lupa sama ada ada atau pun tak. Hehe.

So, aku start ya.



Masih lagi ingat tentang cerita dua anak Nabi Adam , Habil dah Qabil bergaduh ? Cerita dia macam ni.


Kisah Habil dan Qabil

Firman Allah Surah al-Maidah ayat 27 hingga 32, maksudnya ;

"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim.



Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu dia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi."

Aku bukan ahli hadis or penterjemah al-Quran. Kalau salah, harap maklumkan.

Can you see it ? Apabila Qabil telah membunuh Habil dia tidak tahu apa hendak buat dengan mayat Habil bukan ? Dan apa yang terjadi selepas tu ?

"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya."

Dan kemudian, Qabil pun mengebumikan Habil seperti mana burung gagak tersebut lakukan.

Walaupun Allah tidak bercakap tentang bagaimana cara nak selesaikan masalah yang dialami Qabil ketika itu, tetapi Allah tunjukkan penyelasaiannya melalui situasi yang hampir sama ataupun sama yang berlaku ke atas hidupan lain. 

Yang tinggal, lihat ataupun tidak.

Dunia Sekarang

Gambar Bumi
Ya, sekarang, di dunia serba maju, penuh gajet merata-rata, kereta terbang pun dah ada tapi di Pluto lah, Allah masih lagi membantu hamba-hambanya dengan baik dan terbaik. Peluang diberikan setiap saat untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Yang tinggal, lihat ataupun tidak.


Aku ambil contoh yang paling rapat dengan remaja sekarang. Cinta *apesal aku geli ni -.-

Sepasang kawan/couple bergaduh teruk, ataupun breakup, dan sedih tu berpanjangan, ataupun masalah yang datang selepas tu membuatkan kamu rasa tertekan dan tak tahu nak buat apa untuk keluar dari kawasan bermasalah tersebut.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengasih.

Tidak akan sesuatu beban itu dibebankan ke atas kita jika kita sememangnya tidak mampu menanggung beban tersebut. Allah Maha Tahu.
Kalau kamu bersabar untuk sedikit masa, kalau kamu teruskan berdoa, kalau kamu teruskan berusaha, insyaAllah, petunjuk untuk selesaikan masalah tersebut akan muncul.

But, for some reason, for those yang hmmm what we call muslim tapi tidak hidup secara muslim ? Allah masih lagi mengasihani mereka.

Pernah terperasan tak, bila kita dalam keadaan masalah, tup tup, ada saja kawan kita yang masalah yang sama, ataupun orang lain di sekeliling kita yang bermasalah yang sama. Dan, tell me, kenapa ini terjadi ? Trend ? Godai.

Yang tinggal, kamu lihat ataupun tidak.


Kebetulan ? Aku petik ayat daripada one of my best friend's best friend, daripada post Kerja Tuhan

Bila jadi situasi macamni, jangan akal memudah kata ini semua kebetulan.
Bila namanya Mu'min. Kita dilatih untuk berbeza.

Akal kena connect dengan jantung (baca : hati) sentiasa.
Nampak ada Pengatur yang Maha Hebat di atas sana.
Nampak setiap inci kehidupan kita tersusun bawah arahanNya.
Nampak yang kita ni apalah sangat. 


Sebenarnya, Dia sengaja lukis sketch yang semacam tu untuk kita.
Untuk apa? 

Untuk kita jadi hamba yang Berfikir.

Oh ya, mereka yang benar-benar berfikir tidak akan sekadar berfikir.
Mereka malah Beraksi.


ps : What a stressful sem, but, muahaha, im enjoying this sem much. So hard lol.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung