Perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo
Majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo telah berlansung pada 9 November 2012 yang lalu. Majlis ini berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Kira-kira 1 000 tetamu kenamaan yang hadir ke majlis ini. Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Chong Wei, 30, tampil berpakaian segak tuksedo hitam rekaan pakar sut lelaki ternama, Lord's Tailor manakala Mew Choo, 29, pula mengenakan gaun pengantin serba putih.
Beregu badminton No.1 negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heaong antara 6 sahabat yang dipilih Chong Wei membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki.
Empat lagi adalah bintan badminton, Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat selain 2 sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang. Di sebelah pengantin perempuan, Mew Choo juga membariskan 6 pengapit terdiri daripada sahabatnya.
Untuk pengetahuan, pasangan ini yang sudah menjalinkan hubungan cinta sejak 11 tahun yang lalu akan mengadakan majlis resepsi kedua mereka di KLCC 10 November 2012 iaitu hari ini.
Majlis resepsi ini akan diadakan secara tertutup, dan akan melibatkan 1 500 ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Selamat Pengantin Baru buat Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.
ps : tuksedo tu lawa amat!

Comments
Post a Comment