Stalker Dengan Skill Baru - Google Image Search
Aku pernah buat satu post tentang Macam Mana Nak Jadi Stalker yang menceritakan sedikit sebanyak tentang macam mana stalker menggunakan Google untuk stalk individu. *tiada hobi lain mungkin. Kalau tertanya-tanya macam mana nak padam gambar dari image.google.com boleh view post tersebut.
Now, eh, 17 Jun yang lepas. Google telah menaik taraf fungsi hasil cariannya dengan mendapatkan dan memadankan maklumat hanya melalui gambar.
Ini mungkin lebih mengembirakan lagi para stalker.
Terdapat 4 cara untuk menggunakan image.google.com
1. Drag and Drop
Pergi ke mana-mana website yang mempunyai gambar, contohnya di post ini, gambar i-City Shah Alam tuh, drag dan drop kan di bar ruang search image google.
Then, ye, penuh ha i-City saja yang keluar dan juga lain-lain yang bagi Google seems related or same.
2. Upload Image
Di ruang search image.google.com, terdapat satu logo kamera, click logo tersebut, dan kamu dapat upload dari komputer kamu untuk memulakan carian.
3. Copy and paste the URL for an image
Kamu terjumpa apa-apa jenis gambar yang kamu rasa pelik atau teringin nak tahu lebih lanjut di dalam mana-mana website ? Right click gambar tersebut, copy url, kemudian di image.goole.com click kamera dan pastekan url tersebut. Dan, wallaa.
4. Extension
Kalau malas nak pindah dari satu tab ke tab yang lain. No hal, boleh terus right-click dan terus search, cuma perlukan extension. Tapi terdapat untuk dua browser sahaja ;
Google Chrome extension atau Firefox extension
ps : kamu tahu, sekarangkan, semua jenis kamera (exclude mobile) akan menyimpan data tertentu di dalam gambar tersebut sebaik sahaja ia diambil. Mungkin, data tersebut boleh diguna pakai di dalam image.google.com ? or, mungkin agensi besar lain ? Cuba lah Google, I will do, and write about it later :)

rasa takut pulak.
ReplyDelete