Makanan Dapat Mengawal Emosi ?
Tekanan di tempat kerja ataupun di tempat belajar, berselisih faham dengan kawan, atau hilang sesuatu atau seseorang yang berharga pasti akan mengganggu emosi.
Kebanyakan daripada kita, apabila dalam keadaan sebegitu ; marah, sedih, tertekan, patah hati, cemas, mahupun hilang keyakinan diri, pasti tidak berasa tidak selera untuk makan. Walaupun, pada dasarnya, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan - kesihatan badan.
Menurut kajian yang telah dilakukan, terdapat beberapa makanan yang sangat sesuai untuk mengawal emosi mengikut keadaan.
Ketika Sedih
Makanan yang kaya dengan omega-3 ; Ikan Salmon
Omega-3 bertujuan untuk mengembalikan dan mengawal mood, serta mengatasi tekanan agar tidak semakin larut di dalam kesedihan.
Contoh lain, telur, daging, ikan
Ketika Marah
Menurut kajian di Jepun, zinc dapat membantu mengawal emosi dan yang paling penting mengawal dan meredakan kemarahan.
Makanan contoh; daging merah, daging itik, susu, makanan laut, gandum, kacang,
Ketika Takut
Sayuran hijau, kacang, banyak mengandungi folat (folate), dimana akan membantu mengatasi perasaan tidak tenang ataupun takut. Lebih disyorkan sayur brokoli, boleh dimakan dengan pelbagai cara, termasuk secara segar.
Ketika Hilang Keyakinan Diri
Para pengkaji di Universiti McGill Monteral, pemakanan makanan yang mengadungi banyak trytophan dapat mengatasi dan mengawal kembali keyakinan di dalam diri.
Makanan contoh ; daing (ayam), ikan (salmon atau tuna)
Ketika Patah Hati
Seperti kebanyakkan orang sudah mengetahui, coklat dapat memberikan perasaan gembira apabila dimakan. Terdapat satu kandungan di dalam coklat yang akan merangsang satu hormon (tidak dapat dikenal pasti), yang akan memberikan rasa gembira dan tenang, seterusnya mampu untuk mengatasi dan mengawal perasaan ketika patah hati.
Ketika Cemas
Kopi lebih memberikan kesan ketenangan berbanding teh herga jika diteliti dan direnung sejenak sepanjang kita hidup, antara dua perbezaan minuman tersebut.
Contoh makanan : segelas cawan teh, kopi panas






WOAH this is interesting. Kalau sedih dhiya nak telan my fish cod liver oil supplement lah hehehe
ReplyDeletemakan coklat akan hasilkan banyak hormon endorfin (if im not mistake) . Hormon yg bole tuka mood kita jadi lebih ceria & gembira :D
ReplyDeletezinc juga dpt membantu menghasilkan sperm yg berkualiti..
ReplyDeleteaccording to book understanding nutrition lah..btw, nice info =)
woah ? :D
ReplyDeleteThanks for that :p
I tod protein