Australia dan kerja ?
Salam.
Pernah dengar tentang kerja petik buah di Australia yang mana gajinya lebih tinggi dari gaji yang berjawatan eksekutif di Malaysia ?
Haa. Kalau yang pernah, tahniah aku ucapkan kerana korang rajin baca. Dan bagi mereka yang belum pernah dengar ha mari lah sini baca apa aku tulis.
Aku akan rungkaikan sedikit sebanyak cerita cerita yang pernah korang dengar tu, sama ada, myth ataupun benar
1. Gaji tinggi
Untuk yang belum tahu, Australia menggunakan matawang Australian Dollar (AUD) dan pada hari ini harga AUD berbading MYR ialah 3.35myr untuk 1aud. Mahal kan ?
So, berbalik kepada gaji, tinggi ke gaji kerja sebagai pemetik di Australia ni ?
Ha. Ada dua jenis gaji untuk pekerja ladang. Yang pertama ialah piece rate iaitu bayaran mengikut berapa banyak hasil korang dapat kerjakan, dan yang keduanya ialah hourly rate iaitu bayaran mengikut jam.
Piece rate tu macam mana ? Senang cerita bayar ikut bakul (bin) buah korang berjaya kutip. Ada bqnyak jenis buah dan berbeza bayaran untuk setiap bakul. Ada jugak kerja yang ikut berapa banyak pokok korang kerjakan. Banyak jenis lagi cuma aku tak tahu.
Berapa bayaran ? Yang aku pernah buat lah ye, hanya buah afourer dan oren sahaja. Afourer dibayar 55aud untuk satu bin, dan oren dibayar 21aud untuk satu bin.
Untuk hourly rate pula, ranging from 14aud per jam sehingga lah 18aud per jam mengikut jenis kerja, contractor dan tuan farm, untuk jam yang ditentukan untuk sehari, selalunya 8jam *yang aku pernah buat
Kenapa lagi rendah dari yang kawan korang cakap ? Well aku kerja bawah sub contractor, which is of course dah makan atas angin *poker face*
Berapa sehari ? Tak tentu bang. Kalau u can get 2 bins afourer for that day, 110 lah for u, if u did it alone lah. But if u did it with group of 2. Divide lah ape lagi.
Done bab gaji.
2. Kerja mudah
Wait. Ada ke myth pasal kerja dekat Australia ni mudah mudah je ? Mesti baca "petik buah" dah dikira kerja mudah kan ?
Truth to be told, untuk aku yang disayangai dan dibelai dari kecik sampai besar, bila buat kerja yang memerlukan kudrat badan, memang terasa cam SxxT. Kerja kalau korang tak minat, korang akan rasa susah. Kalau kerja sapu sampah depan KLCC tu mudah ke susah ? Kerja Cashier MCD susah ke mudah ?
Ha samalah persoalan tu untuk kerja di ladang di Australia. Get it ? Get it ?
Kesimpulannya ialah, bukan mudah. Mat saleh ni takdenye bodoh bodoh nak bagi sehari 100 dekat korang dengan kerja yang mudah gila tu. Untuk peringkat awal, no pain, no gain. Bila dah lama lama akan jadi mudah lah, sebab dah biasa.
Yang rasa nak exercise dan nak dapatkan duit jugak. Elok lah turun kerja di Australia as pemetik buah ni. 10/10 recommend.
3. Hidup di Australia sangat best
Haha. Kalau korang boleh "hidup" lah dekat Australia ni. Bukan aku nak jatuhkan semangat ke apa ke. Datang je bagi yang nak datang tu. Australia is a very nice country !
Harga raw food murah. Groceries murah. Pakaian murah. Make up murah. Apa lagi ? Semua murah sini.
Tapi.
Ada tapi wey. Sewa rumah je mahal. Haha. Bayaran seminggu minimum aku dengar ialah 80 per week manakala rumah aku stay ni 100 per week, kira okay lah dalam kawasan bandar. Oh sewa dah termasuk bills.
Culture sangat okay. Orang bebaik. Takde mentality masyarakat kelas tiga dekat sini. Rasuah takde dengar lagi. Seatbelt semua orang pakai if naik kereta *thumbs up!*. Tong sampah bersepah, dan ada dua jenis which satu untuk recycle dan satu lagi untuk yang tak masuk recycle. Service cun, on point, tak lembab. Semua membelok bagi isyarat signal. Tak buang sampah ke luar kereta. Menteri tak de keluar statement pepelik dalam paper. Hmm
10/10 recommend!
Now lets masuk ke benda yang netizen malaysia tak berapa nak tahu
1. Its illegal
Apa yang illegal ? Kerja di sini lah of course. Korang ingat datang sini terus boleh kerja dengan selamat ke ? No no no nooooo.
Korang akan masuk ke Australia menggunakan Visa Holiday which dalam tu dah state yang korang tak boleh kerja dalam Australia. Visa ni just valid untuk 3 bulan stay BERCUTI di Ausralia. Kalau korang langgar TnC visa tu korang ni kira pesalah lah, dan boleh ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia free of charge.
So kalau dah habis 3 bulan visa tu, apa boleh buat ? Korang kena mohon bridging visa yang mana akan menjadi visa sementara, dan dari visa ni lah korang akan boleh kerja dengan selamat. Kalau kena tangkap pun takpe sebab its legal. Dalam visa ada tulis workright tu ada.
Bridging visa pulak berjenis. Ada jenis yang boleh kerja, dan ada yang tak boleh kerja.
Bridging Visa A, B dan C. Aku tahu A ada workright dan C takde workright. Tu je. Make sure buat visa ni sementara Holiday Visa tu hidup lagi dalam 2-3 minggu before expired so bolehlah dapat A. Kalau tak, dapat lah C. Padan muka.
Kalau tak de pape jenis visa, kira pati lah. Tahu apa tu pati ? Tu yang datang naik tongkang ke Malaysia dari negara yang suka claim tu. Tahu ?
2. Kawan makan kawan
Dunia wey. Kalau dah bab duit. Setan cucuk lah apa lagi. Tipu gaji membe lah. Tipu tu lah. Tipu ni lah.
Korang tahu kan, ini Australia, bukan Malaysia, so of course ramai lah rakyat negara lain datang untuk kerja di Aus ni.
BUT, magiknya, yang selalu tipu tipu ni ialah rakyat Malaysia, dan melayu. Bapak lah sial punya teruk punya tekanan dari negara sendiri sampai bawak ke negara orang sampai nak susahkan orang lain sebab diri tu tak mampu nak tanggung susah sorang sorang. BxTOH!
*Bridging Visa, u can do it under less than 50aud if u know how to do it. Please do some research before u do agree to hire someone to do it for u.
3. Sejuk
Xxxxzxzzzxnsnsnshsjamannsbbfbznsnanxnjdjaja
4. Internet laju dan murah.
Hairan aku. Kenapa negara aku tak selaju ni. Hairan. Hairan. Berapa speed ? Em last tine aku check speedtest, meter aku stay je dekat 95-100 mbps. Oh ni wifi rumah sewa which dah masuk sekali dengan bayaran 100 tu. Speed mobile network ? Bahagi dua speed wifi tu.
5. Kerja mengikut musim
Ya. Buah ada musim ma. Bukan macam kelapa tiap masa ada buah. Eh ke kelapa ada musim jugak ???
Tapi dont worry. Ada banyak jenis buah dan kerja mengikut musim.
Dan bila dah boleh kerja secara legal. Korang boleh lah mohon kerja di mana mana company. Tak kan nak selamanya kerja farm ? Mana peningkatan kerjaya korang ? Nak stay farm je sampai mampus ?
At least. For the worst, if u HAVE to go back to Malaysia, and tak boleh balik dah Australia, mesti nak kerja kan ? So resume korang tu mestilah ada update sepanjang takde kat Malaysia tu. Kan ? Ke tak faham ?
6. Aku baru je 3 minggu dekat sini
Ha. Benda yang netizan Malaysia tak tahu. Korang tahu ke kalau tak tak mention ? Tak kannnnn.
Soo. Aku tak ada apa apa untuk di buat di malam hari. Aku mungkin akan update blog tentang sedikit sebanyak life aku dekat sini. Mungkin lahhhhh.
Got any question ? Hit me on my email !
Comments
Post a Comment