Bridging Visa ? Kenapa Ramai Sebut Bridging Visa ?
Bridging Visa tu apa ? Depa yang kerja kat Australia kata, nak kerja dapat duit banyak nak kena ada Bridging Visa (BV) yang ada Work Right, ada sebut BVA, BVC lah bagai, apa benda semua ni ?
-----
Tahu tak hampa yang mana rakayat Malaysia yang ada dekat Australia dah boleh saing-saing jumlah penduduk Perlis ? Hah ! Ini tak lawak. Seriously, jumlah Malaysian yang overstay dekat Aus roughly 10 000 ja. Tapi depa ni semua overstay and buat kerja takdak permit macam bangla dekat Malaysia ka ? No and Yes
Sebabkan sekarang dah tahun 2019, so ramai lah dah berpengetahuan sikit and ramai yang tau nak cari maklumat supaya depa ni tak kena tipu ataupun kena kikis dengan manusia-manusia rakus yakni kaum sendiri dekat Australia tuh. Jadi, sebab ramai yang dah berpengetahuan, so kebanyakkan dari depa yang overstay ni, ramai dah ada visa yang ada work right yang mana depa boleh kerja yang memang sah lah kiranya. Gaji kerja untuk kerja yang ada work right ni memang ikut law Aus untuk minimum wages.
[caption id="attachment_2405" align="aligncenter" width="693"]
Bridging Visa Grant Notice[/caption]Apa tu Bridging Visa ?
Kalau ikut fahaman aku, Bridging Visa ni ialah visa sementara, sementara tunggu keputusan permohonan visa yang betul lulus atau gagal. Visa ni memang ramai orang salah anggap, ada yang panggil visa kerja lah, permit kerja lah.
"you ada visa a ?"
"ada ada, ni ha" sambil tunjuk bridging visa
Walhal, dah nama pun visa sementara, confirm-confirm ada masa mula dan masa tamat. Masa mula dia start dari Immigration bagitau yang permohonan visa sedang diproses, sampailah masa tamat yang mana Immigration kata lulus ataupun gagal.
Kalau Immigration tak bagi visa sementara ni, yang mohon visa semuanya akan jadi pendatang lah sebab tak ada visa yang sah untuk stay Australia. Kan ?
Contoh
- Amin mohon visa kapal terbang ke bulan dekat Immigration Australia - Amin sent permohonan
- Immigration Australia terima permohonan dan sahkan permohonan - Immigration bagi Bridging Visa sementara keputusan visa kapal terbang ke bulan lulus ataupun gagal
- Immigration Australia menolak permohonan Amin - Bridging Visa ditarik balik dan diminta untuk keluar dari Australia
ataupun
- Immigration Australia meluluskan permohonan Amin - Bridging Visa ditarik balik dan diberikan Visa kapal terbang ke bulan
Faham ke tidak ?
[caption id="attachment_2409" align="aligncenter" width="900"]
Hallett Cove, SA, 2018[/caption]Jenis Bridging Visa ?
Visa ni semua ada A sampai lah F , semuanya sekali, sat nak kira, ada 6 semuanya. Yang aku tau lah.
- BVA - Ini yang selalu rakyat Malaysia mahukan, sebab BVA ni ada work right, and membolehkan kerja yang sah dan boleh dapat minimum wages yang masyuk ! Boleh dapat visa ni kalau mohon visa sementara visa yang sekarang tengah hold masih hidup
- BVB - Visa ni Immigration akan bagi bila pemegang visa sementara BVA, BVC untuk keluar dan masuk Australia untuk perkara yang mustahak seperti kematian ahli keluarga, tapi kena mohon visa ni dekat Immigration
- BVC - Visa ni pulak terbalik sikit dari BVA. BVC akan dapat bila memohon apa-apa visa, bila tarikh visa sekarang dah luput.
- BVD - Visa ni untuk orang yang taktau nak mohon visa apa, sementara depa nak buat pilihan nak mohon visa tu, ha boleh lah duduk dekat Australia dengan permit sah untuk stay sat ja sementara nak buat keputusan tu.
- BVE - Visa ni Immigration bagi bila depa tangkap geng-geng yang takdak permit sah untuk stay and akan dihantar balik. ATAUPUN, kalau hampa tak ada visa sah untuk stay, dan hampa teringin nak balik tapi still ada hal nak kena setel dengan Immigration, ha so, pakai lah visa ni so that boleh stay sat untuk handle urusan tu
- BVF - Ini visa yang paling orang takmau. Visa ni geng-geng polis ja boleh keluarkan sama ada hampa terlibat dalam kes jenayah ataupun hampa ni mangsa kes jenayah.
So sekarang hampa dah tau dah apa tu Bridging Visa lah kan ? Tahniah ! So kalau orang nak tipu tu, hah bukak post ni tempek sikit dekat muka dia ! And sebelum datang kerja di Australia, ada beberapa benda hampa nak kena research dulu sebelum percaya orang bulat-bulat.
Aku ada buat paid service untuk buat BVA, BVC, dan work right untuk orang yang buat BVC dengan aku. Apa-apa hal boleh email ke aimana591@gmail.com
Comments
Post a Comment