Macam Mana Buat Bridging Visa A (BVA)?
Macam mana nak buat bridging visa A (BVA) ? Apa tu BVA, apa kaitan BVA dengan masa depan pemohon, kenapa ramai tertipu, dan apa yang membuatkan ramai nak BVA ni ?
Soalan-soalan di atas adalah antara soalan yang paling bermain di fikiran untuk rakyat Malaysia yang berada di Australia yang hendakkan pekerjaan yang lebih mendatangkan hasil selain bekerja di ladang tanpa permit kerja yang sah.
Bridging Visa ada banyak jenis dan aku telah terangkan dengan lebih panjang di Bridging Visa ? Kenapa ramai sebut Bridging Visa ?
Selepas korang faham apa tu BVA baru lah korang akan tahu sebenarnya, BVA ni tak ada cara khusus nak buat dia. Sebenarnya, mohon ja apa-apa visa yang tersedia oleh Immigration Australia (Immi), pihak Immi akan berikan Bridging Visa A jika permohonan visa dilakukan dalam tempoh sah berada di Asutrala.
Tetapi, yang paling senang lah selalunya orang akan buat, ataupun pihak yang dibayar untuk buat visa akan mohonkan kepada si pembayar. Sebab, ada benda senang boleh buat, kenapa nak susah susah ye tak ? Dan cara yang paling senang ni lah yang sebenarnya ramai tak tahu apa sebab dan akibatnya.
Salah satu cara yang paling famous ialah dengan momohon Visa Protection. Visa Protection jika lulus, akan membenarkan pemohon untuk tinggal di Australia selama-lamanya dan mempunyai taraf individu yang hampir sama seperti rakyat Aus yang lain ; study right, work right. Tetapi, pemohon akan tidak dibenarkan pulang ke negara asal untuk selama-lamanya, dalam erti kata lain, pemohon telah meminta cerai dengan negara asal (juga bergantung kepada keputusan Immi).
Manakala, jika permohonan gagal, pemohon akan diminta untuk pulang dengan kadar segera ke negara asal manakala akan membuatkan rekod yang buruk di dalam sistem Immi Asutralia jika mempunyai niat untuk kembali ke Aus pada masa depan sama ada sebagai pelancong, pekerjaan, atau business; mungkin tidak akan dibenarkan masuk, termasuk ahli keluarga yang disertakan di dalam borang bahagian ahli keluarga pemohon.
Walau bagaimanapun, ianya memang satu alternatif yang sangat menarik bagi mereka yang memang mempunyai niat untuk tinggal di Aus selama-lamanya, because "that is the point" . Tetapi perlu tahu apa pulak syarat yang perlu dipatuhi untuk meluluskan permohonan ke atas Visa Protection ni.
Tambahan pula, ramai yang telah menghabiskan ratusan hingga ribuan ringgit untuk membayar agent untuk mendapatkan Bridging Visa melalui permohonan Visa Protection. Harga permohonan hanyalah serendah 35 aud sebelum tax. Manakalah harga yang diminta agent antara 250 aud - 2000 aud.
Bagi majikan ataupun lebih dikenali sebagai contractor di Australia yang menyediakan perhidmatan pembuatan visa berbayar ni, kebanyakkan akan menyeleweng dalam proses permohonan supaya pemohon akan sentiasa bersama dengan contractor. Ingat, majikan menjana keuntungan di atas penat lelah korang, jika contractor hilang korang, hilanglah sumber pendapatan contractor.
Ada pula yang agent yang hanya mengambil upah tetapi tidak diterangkan secara terperinci apa yang telah dilakukan, apa yang perlu dilakukan, dan apa yang yang akan mendatang dalam proses permohonan Visa Protection bagi mendapatkan Bridging Visa ni.
Sebaiknya, lakukan siasatan yang mendalam sebelum memohon ataupun mengupah sesiapa untuk melakukannya untuk korang.
Aku tak dapat terangkan secara terperinci macam mana nak buat Bridging Visa A, atau nak mendapatkan Bridging Visa C kerana takut implikasi masa depan oleh pihak Immi Aus, tetapi aku ada sediakan perhidmatan untuk korang yang nak mendapatkan BVA ataupun BVC (work right, asing). Boleh contact melalui email di aimana591@gmail.com

Mehhhh. Tak da sapa nak komen ke
ReplyDelete