Jangan Hanya Kerana Insuran Murah

Sekarang sudah ramai yang sedar akan kepentingan Insuran. Dan dalam proses beli-membeli mestilah inginkan pembelian yang paling murah. "Hanya dengan nilai yang rendah untuk perlindungan yang tinggi !" Ini ialah ayat biasa yang kita baca daripada post-post oleh ajen insuran. Tetapi, tahukah anda, apa jenis perlindungan yang murah tersebut ?

murah

Insuran ada pelbagai jenis, dan melindungi pelbagai jenis risiko yang mempunyai harga yang berbeza. Tambahan insuran yang datangnya daripada panggilan telefon daripada agen yang menawarkan harga yang murah dan janjikan "semua boleh". Semua insuran mempunyai terma dan syarat yang tersendiri, dan penting untuk kita ketahui apa jenis perlindungan yang diberikan, dan sesuai dengan keperluan kita. Jangan hanya kerana murah !

Insuran diri yang paling murah ialah insuran Personal Accident (PA) yang mana ia hanya melindungi cacat kekal daripada kemalangan.
Kes 1 : Adib ditimpa kemalangan motosikal, yang mana tangan beliau patah, dan memerlukan beberapa bulan untuk sembuh. Setelah beberapa bulan, tangan Adib dapat berfungsi seperti biasa

Kes 1 Adib di atas tidak dapat untuk membuat tuntutan pampasan untuk insuran PA kerana tidak cacat kekal.
Kes 2 : Adib ditimpa kemalangan motosikal, yang mana tangan beliau patah, dan doktor sahkan terpaksa potong 1 ibu jari tangan kanan Adib kerana hancur keseluruhan. Setelah beberapa bulan, tangan Adib sembuh dan dapat berfungsi seperti biasa, tanpa fungsi ibu jari kanan.

Kes 2 Adib di atas dapat membuat tuntutan pampasan untuk insuran PA kerana berlaku cacat kekal tetapi mengikut % yang telah ditetapkan oleh syarikat insuran.

Jika berlaku kes 1, maka akan hebohlah di social media yang insuran ni "penipu, susah nak claim, janji manis nak duit je" . Maka jika berlaku kes 2, akan tertanya-tanya pulak "insuran penipu hari tu kata lain, bila dah claim jadi lain pula"

Tuan, puan, abang, kakak, adik. Syarikat insuran tak pernah salah, apa yang salah ialah agen insuran yang mengambil jalan pintas untuk menarik pelanggan dan juga salah pelanggan yang tidak mengambil tahu dengan lebih mendalam. Kenapa syarikat insuran tak pernah salah ? Sebab Bank Negara Malaysia yang menyelia operasi.

Satu syarikat yang sangat besar, tak mungkin hendak ambil risiko untuk menipu atau melakukan kesalahan. Ianya akan menjadi kesan yang berpanjangan kepada syarikat.

Apa-apa pun, sebelum anda mengambil apa-apa insuran, kenal pasti, apa jenis perlindungan dan nilai perlindungan yang anda perlu. Ataupun boleh berhubung dengan saya di contact di bawah untuk mengenal-pasti apakah jenis dan nilai perlindungan yang anda perlu.

Contact 

Arif Aiman
Tel : 0174778069
email : arifaiman@gmail.com
FB : aia.arifaiman

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung