Dewan Kenduri Sekitar Banting Sepang

Setiap hari pasti ada sahaja orang yang mengadakan kenduri kahwin, terutamanya di hujung minggu. Sama ada ianya berlaku di rumah pengantin, dewan orang ramai, ataupun dataran.

Dengan masa yang terluang saya sempat mengumpul beberapa buah dewan dan dataran yang dapat digunakan untuk kenduri kahwin di sekitar Banting Sepang, juga disertakan sekali harga sewaan.

Berikut ialah senarai dewan yang dapat saya kumpul ;

 

Majlis Daerah Kuala Langat


Dewab Orang Ramai

  • Taman Sri Putra

  • Banting

  • Telok Panglima Garang

  • Kompleks Sukan MDKL

  • Sungai Jarum

  • Tanjung Sepat


Semua dewan yang dan dataran yang disebutkan di atas mengenakan harga RM 120 untuk satu jam, dan memerlukan cagaran sebanyak RM 500. Manakala untuk Dewan Sri Jugra pula RM 150 untuk satu jam bagi penggunaan dewan beserta penghawa dingin manakala RM 80 jika sebaliknya, disertakan sekali RM 500 sebagai cagaran.

Majlis Daerah Kuala Langat juga ada menyediakan sewaan kerusi plastik yang berharga RM 0.50 bagi setiap sebuah, manakala RM 5 untuk setiap sebuah kerusi velvet.

 

Majlis Perbandaran Sepang


Dewan Orang Ramai

  • Teluk Merbau

  • Sungai Pelek

  • Taman Gemilang

  • Pinggiran Putra

  • Taman Putra Perdana

  • Dewan Sentosa


Semua dewan di atas mengenakan RM 40 untuk satu jam dan memerlukan cagaran RM 200.

Dewan Orang Ramai

  • Sepang

  • BBST

  • Dengkil

  • Taman Dahlia

  • Serin


Semua dewan di atas mengenakan RM 80 untuk satu jam bagi penggunaan dewan beserta penghawa dingin manakala RM 40 jika sebaliknya, disertakan sekali RM 200 sebagai cagaran kecuali Dewan Orang Ramai Taman Dahlia dan Dewan Orang Ramai Serin yang mengenakan RM 500 sebagai cagaran.

Bagi Auditorium Taman Tasik Cyberpark pula dikenakan RM 300 untuk sehari dan memerlukan cagaran sebanyak RM 1000.

Untuk semua dewan dan dataran yang diuruskan oleh Majlis, perlulah ditempah dan dilakukan bayaran di kaunter Majlis tersebut. Mungkin susah untuk dapatkan tarikh yang sesuai untuk penggunaan dewan orang ramai, jadi saya listkan dewan/dataran yang tidak berkaitan dengan Majlis.

 

Dewan Jubli Intan Kampung Olak Lempik


Dewan ini di uruskan oleh En Khaidir (012-6173215) dan harga sewaan untuk majlis kenduri ialah RM 500 untuk 2 hari. 1 hari digunakan untuk persiapan majlis, manakala satu hari lagi untuk majlis. Hasil perbualan saya bersama En Khaidir, beliau ada memaklumkan bahawa harga untuk majlis kenduri sememangnya RM 500 untuk tahun 2019 dan mungkin meningkat bagi tahun berikutnya. Untuk majlis atau aktiviti yang lain seperti hari keluarga ialah RM 200 pada waktu siang dan RM 100 jika pada waktu malam.

Harga ini termasuk kesemua kemudahan yang tersedia di dalam dan sekitar dewan tersebut; tandas, penghawa dingin, kerusi, meja.

 

Buffet De' Emerald Garden & Event


Manakala bagi mereka yang mempunyai bajet yang lebih, De' Emerald mungkin sangat sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan. Anda boleh rujuk di website mereka berkenaan pakej dan harga yang tersedia.

De' Emerald menggukan konsep taman seluas 15 000 kaki persegi yang mana menyediakan dewan seluas 6660 kaki persegi dan juga disertakan sekali pentas seluas 576 kaki persegi. Bagi menyewa tapak dan dewan untuk satu hari dikenakan RM 6500.

 

Dataran Sadiman Bukit Changgang


Tiada info yang dapat dijumpai. Jika anda mempunyai maklumat, kongsikan lah bersama saya.

 

Dataran Orang Kampung Bukit Changgang


Saya dapat makluman bahawa Dataran Orang Kampung (D.O.K) ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2019 December. Makluman mengatakan ianya akan berkonsepkan Taman dan dibina khas untuk mengurangkan beban orang kampung yang ingin mendapatkan kawasan untuk melakukan sebarang majlis atau aktiviti. Murni niatnya. Berkenaan dengan harga dan kemudahan tidak dapat dipastikan.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung