4 Minggu Dalam Shopify, Apa Aku Dapat ?
Now, first of all, apa itu shopify? Shopify ni commerce platrform yang sangat senang untuk setup, and ramai yang akan recommend shopify untuk dropship berbanding dropified bergantung kepada costwise.Aku dah 4 minggu dropship aliexpress dalam shopify, and ada beberapa perkara yang aku jumpa sepanjang 4 minggu yang mana aku tak expect pun untuk aku tempuh sebelum aku start shopify.
Dan perkara-perkara yang aku jumpa ni, memang jarang diceritakan kecualilah memang korang tengah mengalami and google specific word yang berkaitan.
Jujur aku akui, kebanyakkan masalah yang aku jumpa berpunca daripada diri aku sendiri yang ignorant, anyway, lets share my ignorant.
- Shipping Profile
- Money on Hold
- Fulfilled Order Guna Duit Sendiri
- Iklan Facebook
- Official Email
- eBay & Amazon Dropship
Shipping Profile

Sepanjang aku merangka kepala otak aku sebelum aku decide untuk start dengan shopify, mungkin aku terlepas, tapi tak ada satu pun yang mention tentang shipping rate ni.
And guess what, setelah 4 hari aku IN shopify, baru aku perasan, itu pun bila aku check 'Abandoned Checkout' yang mana aku frustrated dengan diri sendiri jugak la bila sedar yang mana aku dah missed duit lol.

Kedua-dua order ni alamatkan US, dan secara automatiknya shopify setkan shipping rate aku ke $19.71. Which kalau aku pun memang aku cancel je checkout ni. Barang asal dah murah dah, tapi campur shippinng terus jadi mahal.
Ini masalah pertama aku bertemu, dan aku spent 1 hari jugak la untuk decide shipping rate ni berdasarkan apa yang aku nak, which is pembelian atas $20 akan dapat free shipping, dan make sure yang mana jika beli barang total over $20 akan lebih menguntungkan aku berbanding $19.
order $19 + shipping $4 = $23
order $20 + shipping $0 = $20
Nampak tak dilema ? Last sekali aku setelkan masalah ni dengan price revision - revise satu satu harga barang yang aku jual untuk make sure yang mana aku tak garu kepala kalau ada orang nak try exploit.
- setkan shipping rate yang bersesuaian bergantung kepada lokasi kita target
Money on Hold

Seperti semua platform e-Commerce, duit daripada pelanggan akan di hold untuk sementara waktu sebagai buyer protection jika barang yang dibeli mempunyai masalah. Dan sebagai dropshipper, aku perlulah guna duit sendiri dulu untuk fulfilled order yang mana aku reserve RM2000.
Waktu first aku dapat notification sell dalam phone, mulut automatik senyum, and then baru lah aku terdetik bab nak kena guna duit sendiri dulu ni.
Oh dan tak semua orang ada akaun paypal untuk buat transaksi online. Ramai ja yang guna kad debit and kad kredit untuk shopping online, so, untuk masalah ni, aku just register Stripe.
Sepanjang 4 minggu ni, 2 cara pembayaran ni saja yang aku guna di shopify store. Dan dari segi kecepatan duit dilepaskan dari 'on hold' ialah stripe yang mana ambil masa 2 minggu, berbanding Paypal yang entah lah bila, tapi the latest yang dilepaskan ambil masa 3 minggu.

Untuk pembelian yang dilakukan melalui Paypal pula, kita perlu masukkan tracking code untuk mengesahkan yang mana order tersebut dah dilakukan. Lagi lambat buat, lagi lama lah duit nak dilepaskan.
Stripe pula tak perlu kita uruskan apa-apa pun kecuali masukkan detail bank and phone dengan betul saja, kalau tak kena suspend.
- Register Stripe
- Sales guna Paypal perlu update tracking code di website Paypal
- Stripe hold 2 minggu, Paypal hold 3 minggu +
Fulfilled Order Guna Duit Sendiri
Cuba imagine, barang yang korang jual di shopify tu meletup, and jumlah sales mencanak naik sampai $10,000. Persoalan di sini ialah macam mana korang nak fulfilled order ni ?
-Korang decide nak release sikit-sikit ? and bila duit dah masuk proceed untuk fulfilled yang lain pulak ? Not gonna work, kalau aku dalam antara yang membeli barang, and if dalam masa 2 minggu tak dapat update apa-apa pasal shipping, aku mintak cancel je lah order tu.
-Pinjam duit orang? Feasible
Anyway, masalah yang aku hadap pula ialah, total reserve aku just RM2000 yang mana jumlah ni jugak lah aku guna untuk cover kos advertising di facebook. And bagi yang pernah guna fb ads boleh tahu lah betapa money sucker-nya benda alah tu tapi kalau guna dengan betul memang ngam sebab facebook punya engagement sangat cun.
So, masalahnya ialah, total expenses aku melebihi profit yang aku dapat, ditambah pulak dengan 'money on hold' lagi lah berkurang reserve aku. So, makin lama, makin nipis reserve, and since store aku run based on advertising, maksudnya, kalau iklan tak jalan, kedai tak jalan lah.
And then minggu ke 3 & 4 aku decide untuk run ads hanyalah pada waktu hujung minggu. Sementara tunggu duit untuk dilepaskan, still boleh dapatkan sales.

Untuk senangkan diri sendiri, aku keep record transaksi and money on hold. Dari sini jugak lah aku try revise aku punya harga barang so that takdak lah aku menghadap sangat sakit menahan duit di awangan lol.
- Reserve duit hanya untuk kedai or fulfilment or ads or campur semua
- Keep record expenses
Iklan Facebook
Jujurnya, banyak reserve aku guna untuk trial and error di facebook ads, and boleh kata regret jugak lah, tapi tanpa error mana nak belajar ye tak? And daripada trial and error ni la aku dapat settings ads aku yang bolehlahhh kasi aku sales setiap kali aku run.
Dan yang banyak menghasut aku ialah video-video tutorial shopify daripada youtube yang mana tunjuk keberkesanan settings diorang padahal bila aku try hampeh.
Oh waktu mula-mula aku run fb ads, ada la sedikit kecelaruan minda berlaku dekat diri sendiri yang mana link dalam ads aku silap, which mean, aku bagi duit free ja dekat facebook tapi iklan hampeh bukan ke store aku pun. Ada jugak ads aku yang description aku silap, hmm.
So, semenjak itu, aku check 5 kali semua benda sebelum aku buang duit.
And untuk run fb ads, since setiap duit tu susah nak datang balik, so better untuk judge product yang kita nak guna dalam facebook ads tu habis-habisan.
Dan jangan lupa, make sure ada idea macam mana nak hasilkan 'creative' untuk fb ads yang korang nak run tu.
- Study product yang yakin untuk dapat sales
- Study creative/media yang nak guna dalam facebook ads
- Recheck link dan description guna untuk ads
- Recheck settings untuk ads
Official Email
Kadang-kadang ada customer yang dah 'add item to cart' tapi dia tak proceed pun dengan checkout, since customer tu bukan kawan kita, and tak boleh nak roger pasai pa dia tak proceed, so kita kena lah roger dia habaq yang dia ada letak barang dalam cart tapi tak proceed checkout pun.

Since kita bukak kedai, cara kita komunikasi kena lah pro sikit kan, so, aku ambil langkah untuk subscribe G-Suite and linkan dengan domain shopify aku so that nampak lah macam pro. haha
And so far, yang datang email semua homat-menghormati jugak lah. Tak serempak lagi lah email enquiry yang macam roger member.

Oh dan shopify store aku ialah puzzlestore.net
- Subscribe G-Suite (berbayar)
- Create gmail yang sesuai dengan nama kedai (free)
eBay & Amazon Dropship
Fungsi shopify ni cuma nak smoothkan experience dropshipping bagi dropshipper. Kalau yang pernah buat manual, mesti tahu je tanpa shopify ni okay ja nak dropship. Tapi nak buat website e-Commerce sendiri confirm lah tak tahu kan, hence shopify come to save the day.
4 minggu aku on strore ni, semua pembelian terjadi melalui store aku. Walaupun store aku macam cikai je tengok.
Of course aku ada try untuk buat listing di eBay dan amazon. Sedihnya, Amazon perlukan akaun seller berbayar, so aku talak tepi lah awal-awal (buat msaa sekarang).
Dan eBay pulak, untuk dropship, kita perlu ada on land store, ataupun warehouse yang legit, kalau tak, possible untuk di suspend kan nanti-nanti ni tinggi. Tapi rajin pulak dia nak check kan ? so aku decide untuk spend masa list kan barang aku di eBay ni.

Tapi entah kenapa, tak ada rezeki mungkin, nak linkkan akaun Paypal pun tak lepas-lepas. Dah cuba banyak kali tapi still tak lepas. Dengan interface eBay macam interface website kerajaan. Hilang betul mood nak proceed.
Anyway, aku join group dropship eBay di telegram yang mana memang ramai dengan baiknya share ilmu free. Tapi untuk masalah aku, sampai minggu 4 tak ada solution, and eBay rep pulak lansung tak reply email enquiry aku yang berbelas aku dah sent.
- cari dan join group dropshipping untuk free knowledge
So far, ini je lah masalah yang aku hadap. Kecuali sales kurang dah bila run time weekend ja.
- Shipping Profile
- Money on Hold
- Fulfilled Order Guna Duit Sendiri
- Iklan Facebook
- Official Email
- eBay & Amazon Dropship
Feel free to share your ignorant in the comment section. Happy hustle guys !
Comments
Post a Comment