Kali Pertama - Buka Kata - Ep1

Assalamualaikum dan hello.

Kali Pertama. Yap, inilah kali pertama aku menterjamahkan imaginasi aku kepada sesuatu yang dapat dilihat dalam tulisan sebagai satu cerita pendek.

Yang pertama, yang dicuba nilainya, 'Kali Pertama' juga ialah tajuk untuk cerita pendek yang bakal dipost secara bersiri jika masa memberi laluan.

(Format cerita telah diabaikan 100%)

Bismillah hirrahman nirrahim.


*****

Kali Pertama


1985 Oktober 19 - 6.50pm

Maimun : Along! Mus! Sufi! Sudah main tu, dah nak senja ni. Nak puasa sampai ke malam ka ?

Jerit Maimun kepada anak-anaknya dari atas beranda rumah.

Along : Baik mak! 



Mus : Along. Agak-agaklah kan. Ayah beli lauk apa ya hari ni ?

Along : Manalah Along tau, satgi kita masuk kita tau lah ye.

Mus : Along ni. Tak reti nak berhumour sikit ka ?

Along : Ok. Ok. Ayah beli kapal terbang goreng. Dah cukup tak humour Along tu ?

Mus : *brrr

Sufi : Hahahaha.

Mereka terus sahaja ke dapur sebaik sahaja masuk ke dalam rumah



Mus : Aik. Mak nak kita berbuka dengan apa ni. Kosong ja meja makan. Tak kan mak betul-betul nak kita puasa sampai esok ? Ayah mana ni ? Tak kan ayah berbuka dalam hutan kot.

Along : Diamlah Mus. Selama ni pernah ka kita tidur dalam keadaan lapar ?

Terpinga-pinga Mus dengan keadaan meja makan yang kosong. Waktu berbuka hampir tiba dan tidak seperti kebiasaannya dimana ayah mereka pasti sudah menunggu lebih awal untuk membacakan doa berbuka.

Maimun : Along, sini kejap. *Panggil Maimun dari bilik tidurnya.

Along : Ye mak. Along datang ni.



Along : Dah, korang dua tunggu sini. Mus buat air milo. Sufi tolong abang Mus ya ?

Sufi dan Mus : Baik Along. *Patuh kedua-dua budak tersebut dengan perintah abang mereka.



Along : Mak. Kenapa meja makan kosong ? Ayah mana mak ?

Belum sempat Maimun bercakap sepatah, Along terus bertanya sebaik sahaja sampai ke bilik tidur tersebut.

Maimun menjawab sambil tersenyuman.

Maimun : Tadi mak pergi ke bazar, mak beli ayam goreng untuk kita berbuka, tapi mak lupa pula hendak siap-siapkan atas meja lepas mak salin baju tadi. Along tolong mak siapkan makanan berbuka ya ? Mak ada hal sekejap di rumah Tok Penghulu. Penting sangat.

Along : Baik mak, tapi kenapa mak tak berbuka dulu sebelum pergi ? Along dah suruh Mus dan Sufi buatkan air milo. At least kan mak, berbukalah dulu ya ?

Maimun : Mak tak puasa hari ni nak. Pergi siap-siapkan. Nanti terlewat pula kamu berbuka. Merenget Mus tu nanti.

Along : Baik mak.

Maimun mencapai lampu suluh dan payung usang yang dimiliki keluarga mereka di atas meja dan berkata kepada Along tanpa menoleh sambil memakaikan kasut pada kaki.

Maimun : Berbuka baik-baik. Sudah berbuka, terus sembahyang Maghrib. Kemudian bersiap untuk tarawih. Mak pergi dulu ya.

Along : Jalan baik-baik mak.



Along bercakap seorang diri di pintu rumah sambil melambai-lambai ke arah Maimun yang berlari-lari anak.

Along : Kenapa mesti mak tipu ? Along tau mak puasa hari ni.



Mus : Along, mak mana ? Ayah mana ? Makanan mana ? Kita nak makan apa ni ?

Along : Mus, Sufi, ambil nasi masing-masing dalam periuk.

Endah Along dengan pertanyaan adiknya Mus sambil meletakkan ayam goreng ke dalam pinggan. Mereka bertiga duduk terdiam di meja makan menunggu waktu berbuka sambil memandang ayam goreng di dalam pinggan. 

Seketika kemudian Azan Maghrib sayup-sayup kedengaran.

Mus : Along. Siapa nak bacakan doa berbuka ni ?

Along : Sufi, baca doa buka puasa.

Sufi : Bismillah hirrahman nirrahim. Allah humma lakasumna..... Amin

Sufi membacakan doa berbuka dengan lancar tidak seperti abangnya Mus yang tidak tahu kerana sewaktu ayah mereka mengajar menghafal doa tersebut Mus tidak tumpukan perhatian. 

Pantas Mus dan Sufi mencapai ayam goreng yang telah di'cop' masing-masing, sambil diperhatikan Along dan kemudian Along turut mengambil ayam goreng yang memuaskan hatinya yang tinggal di dalam pinggan tersebut.

Tiga beradik tersebut makan tanpa ketahui kenapa maknya tergesa-gesa hendak ke rumah Tok Penghulu sehingga terpaksa menipu Along.  

*****

*Pukkk*. Maimun pantas bangunkan diri dan teruskan berlari-lari anak setelah jatuh tersadung akar pokok. Kotor baju dan mukanya kerana tanah agak lecak. Hati Maimun bagaikan direntap apabila melihat sambaran petir menyambar Bumi tidak jauh dari kedudukan rumah Tok Penghulu.

Maimun : Ya Allah ya Tuhan ku. Tuhan yang memberikan aku rezeki di bumi. Tuhan yang menemukan aku dengan pasangan hidupku. Tuhan yang memberikan aku kebahagian di sini. Ya Allah. Engkau selamatkanlah suamiku. Selamatkanlah suamiku. Selamatkanlah suamiku.

Doa Maimun di dalam hati sambil berlinang air mata di kelopak matanya.



Keadaan di depan rumah Tok Penghulu nampak suram walaupun berkumpul ramai orang kampung.

Maimun : Assalamualaikum.

Orang ramai : Wa'alaikumussalam.

Timah : Maimun! *peluk seorang rakan baiknya yang menganggap Maimun sebagai seorang kakak.

Maimun : Mah, kenapa ni ? Suami aku mana ? *Risau Maimun bertambah selepas menerima pelukan dari Timah

Timah memandang wajah Maimun yang kotor dengan tanah kemudian mengeluarkan sapu tangan dan mengelap wajah Maimun. 

Tok Penghulu : Dah sampai pun. Maimun, sini kejap. *Pelawa Tok Penghulu ke tepi rumahnya.

Maimun terus bergerak ke arah Tok Penghulu tanpa menghiraukan Timah yang sedang cuba membersihkan kotoran tanah yang melekat pada baju Maimun.

Maimun : Kenapa dengan suami saya tok ? Dia tak apa-apa kan ?

Tok Penghulu : Mun. Sebelum saya beritahu kamu kenapa saya panggil kami ke sini, saya harap kamu dapat terima dengan hati yang tawaduk apa yang saya bakal beritahu kamu selepas ini.

Keresahan Maimun bertambah, fikirannya mula terfikirkan perkara yang paling buruk bakal dia dengar. Cepat-cepat Maimun sedarkan diri, dan kemudian mengangguk tanda faham kepada Tok Penghulu.

Tok Penghulu : Suami kamu, Ismail, dia..

Suhaiti : Celaka kamu Maimun! Kenapa datang sini hah! ? *Berang isteri Tok Penghulu yang entah dari mana berada tidak jauh dari sisinya. Maimun terkejut, dan tertanya-tanya kenapa Suhaiti yang sangat lembut orangnya sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Suhaiti : Celaka! *Suhaiti cuba menghampiri Maimun tetapi dihalang oleh Tok Penghulu dan mengarahkan perempuan lain yang berada di situ membawa masuk Suhaiti ke dalam rumah.

Maimun masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya sambil melihat Suhaiti begitu berusaha untuk mendapatkan dirinya seperti dia telah melakukan satu kesalahan yang sangat teruk.

Maimun : Tok. Mana suamai saya tok ? Kenapa Suhaiti berang sangat tu ?

Tok Penghulu : Mun, Ismail, dia rogol Lisa.

Runtun hati Maimun mendengar jawapan pendek dari Tok Penghulu. 

Maimun : Tidak! *Balas Maimun separuh pekik kepada Tok Penghulu. 

Dia masih tidak percaya suaminya yang selama ni menjadi bilal surau kampung, yang mengajarkan anak-anaknya ilmu fardhu, yang mengimamkan solat jemaah di rumah tergamak melakukan perbuatan seperti itu.

Maimun : Mana Lisa ? Biar saya bercakap dengan dia. Tak mungkin Ismail sanggup buat benda macam tu.

Mendengar soalan Maimun bertanyakan tentang di mana anak perempuan tunggal keluarganya, menitis air mata Tok Penghulu.

Tok Penghulu : Lisa dah meninggal ditembak. *Jawab Tok Penghulu sambil tertunduk memandang Bumi.

Maimun sekali lagi terkejut, tetapi fikirannya masih lagi memikirkan tentang suaminya.

Maimun : Tok, macam mana tok tahu suami saya yang rogol ? *Maimun cuba bersuara perlahan bertolak ansur dengan kemalangan yang menimpa keluarga Tok Penghulu tetapi masih memikirkan tentang suaminya.

Sambil memandang wajah Maimun Tok Penghulu menjawab.

Tok Penghulu : Mun, ada orang kampung dengar bunyi tembakan selepas pukul 6 tadi, jadi mereka keluar melihat untuk tengok apa yang berlaku. Mereka jumpa Lisa yang telah meninggal dalam keadaan bogel, dan tak jauh dari mayat Lisa tersadai senapang patah milik Ismail.

Maimun terdiam sendirian. Suasana sepi seketika. Maimun tahu selepas pukul 6 aktiviti memburu ialah dilarang. Itulah peraturan yang dicadangkan sendiri oleh suaminya bagi mengelak ada pemburu yang leka memburu sehingga senja.

Maimun : Boleh saya lihat senapang tu ? *Tercetus soalan yang akan menjadi jawapan kenapa dia dimaki oleh Suhaiti, dan kenapa suaminya dianggap sebagai perogol dan pembunuh.

Tok Penghulu masuk ke dalam rumah dan mengambil senjata tersebut. Seketika kemudian, Tok Penghulu keluar membawa senjata tersebut.

Maimun di atas lututnya. Belum sempat senjata tersebut dibawakan kepadanya, Maimun sudah dapat mengecam senjata tersebut ialah milik suaminya. Braile 124 yang telah diwariskan ayah suaminya.



Maimun melihat ke langit. Bulan penuh samar-samar kelihatan disebalik awan. Maimun menjatuhkan pandangan ke hadapan, direnung wajah orang kampung yang berada di hadapannya. Rosfan, Zaki, Kadeh, Mat, Jon, Usop, Wan, Japaq, Sobri. Semua rakan baik suaminya. Timah masih berada di luar, perempuan yang lain bersama dengan isteri Tok Penghulu di dalam rumah.

Maimun lemah tersujud. Senyap tangisan Maimun dalam hujan renyai-renyai ketika itu. 

Tangis Maimun di dalam hati.

Maimun : Abang.... Abang.... Abang....



[Bersambung]

ps : Lamanya tak buat karangan Bahasa Melayu. Dah lupa habis format -.-

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung