Posts

Showing posts from September, 2011

Tips Follower Ramai Yang Senang

Image
Ini ialah entri melekat SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU SILA KELIK GAMBAR haih.. asyik2 entri lari tajuk >.<'' SUMBER   :   kucingan  STUDIO  ----- BEST!!!

#8 Wordless Wednesday ( hehh.. ? )

Image
S alam sumber : Faceebook bye~ Panduan Seo Blogger

PULANG SEBAGAI HAMBA

S alam entri ini ialah SALINAN ASAL dari BICARA NOBISHA  dalam catatan beliau yang bertajuk "PULANG SEBAGAI HAMBA (2) : Menziarahi Makam Rasulullah s.a.w." Sekadar renungan bersama.. ***** Selepas solat Subuh, saya pulang ke hotel. Walaupun sudah hampir 24 jam tidak tidur dan badan agak keletihan, hati saya cukup gembira. Itulah pertama kali saya dapat bersolat di Masjid Nabawi. Madinah tempat letaknya Masjid Nabawi ada banyak keistimewaan. Di sinilah Rasulullah s.a.w. membangunkan sebuah tamadun, membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya. Sekiranya dibandingkan perjalanan yang ditempuhi  oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu berhijrah dari Mekah ke Madinah, apalah sangat keletihan saya terbang dengan pesawat Malaysian Airlines Boeing 777-200 ke Jeddah dan seterusnya menaiki bas berhawa dingin ke Madinah. “Usah mengeluh keletihan,” bisik hati kecil saya. Dalam kepenatan itu, saya ingat pesan Ustaz Haji Ahmad Bukhori Ghazali: datanglah ke Mekah dan Madinah sebagai hamba, dan pulan...

Rindu

Image
Rindukan Rasulullah :( baginda.... sekarang,, dah tak macam dulu.. hmmm

Aib Dan Pemimpin ? Kaitan ?

Image
S alam ENTRI INI TIDAK BERKAIT DENGAN MANA2 MANUSIA SAMA ADA YANG TELAH MENINGGAL ATAUPUN MASIH HIDUP Entri peringatan bersama..... yerlakan.. semua orang, terutamanya lelaki.. suatu hari nanti, mesti akan jadi pemimpin kan.. ? kalau tak jadi pemimpin keluarga,, pemimpin kepada diri sendiri.. sebelum ni aku ada jugak buat entri tentang hormat orang lain boleh hilang jika perkara2 yang disebutkan dalam entri cara nak check dara kau!! tuh dibuat... kali ni,,, aku just nak huraikan sikit lagi tentag.. membuka aib .. menjatuhkan orang lain .. dan sedikit  kaitannya dengan kehormatan .. membuka aib atau menungmpat seseorang secara sengaja atas niat atau tidak berniat ingin menjatuhkan atau memalukan individu lain hukumnya ialah berdosa.. Hadis : “Siapa yg melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yg sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan dari satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yg memudahkan orang yg sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkan di...

Twitter #GantiPeribahasaDenganTelur

Image
S alam hey... semua orang ada twitter kan.. mesti penah terbaca tweet JantanCelaka - yang sekarang ni hilang p mana ntah.. tentang peribahsa2 yang telah digantikan dengan telur.. haha! sapa ada twitter.. p search cepat.. bagi yang tak dak.. meh aku kongsi sikit2.. ******* Harimau mati meniggalkan belang, manusia mati meninggalkan telur Beri susu dibalas telur Ular menyusur akar takkan hilang telurnya Seperti anjing dengan telur-telur Biar putih tulang, jangan putih telur Takkan telur hilang di dunia Terlajak perahu boleh diundur, terlajak telur buruk padahnya Ukur telur di badan sendiri Cubit telur kanan, telur kiri terasa juga Rambut sama hitam, telur masing-masing Bagaikan telur dengan tebing Telur dicincang takkan putus Lembu punya susu telur dapat nama Air yang tenang jangan disangka tiada telur Telur emas di negeri orang, telur batu di negeri sendiri, lebih baik telur sendiri Yang merah itu saga, yang kedut itu telur Sebatang telur Sayang anak ditangan-tangankan, sayang bini ditel...

#2 Edisi : huh.. ? perempuan memang..

Image
S alam perempuan memang complicated kan.. ? haha! [youtube https://www.youtube.com/watch?v=Q6BpggL5wdQ] ps : heh.. naseb tak da awek.. bye~

#7 Wordless Wednesday (pleaseee)

Image
S alam ps : jeng jeng jeng bye~

pendokong cita2 sahabat..

Image
S alam dokong ka dukung ?? again,, short update.. saya seksi perbuatan dan sifat2 manusia walaupun ada ja yang serupa,, tetap dikatakan manusia sentiasa berlainan antara satu sama lain tak kira perangai, cara cakap, tatasusila dan lain2.. dan, setiap manusia, sudah menjadi fitrah untuk mempunyai kawan.. kan.. dah banyak kali rasanya aku buat entri tentang kawan ni,, macam beauty of friendship tapi... kali ni... aku jadi terdiam pulak dengan tajuk aku tuh "pendokong cita2 sahabat" entah.. baru ja tadi time on9 blogspot.. tulis ja tajuk,, isi terus hilang... takpa.. rasanya,, kau orang tau kan.. sahabat yang bagaimana yang membantu dalam pencapaian cita2 sahabat,, kan =) yang pasti.. seorang kawan, akan menyokong, membantu dalam perkara  yang  baik, dan menegur perkara yang salah , even perkara baik dan salah tu sangatlah kecil,.. dan tidak memperlekehkan atau mempersendakan sesuatu usaha yang baik walaupun usaha tu tak la besar mana sangat.. " rambut lupa sikat kena tegur...

yang mana lebih banyak ? malaikat, jin atau manusia ?

Image
S alam short update.. sekadar gambar hiasan Sabda Rasulullah , maksudnya " Sesungguhnya allah menciptakan malaikat, jin dan manusia sepuluh bahagian, malaikat ialah sembilan bahagian, jin dan manusia satu bahagian dan daripada satu bahagian dipecahkan kepada sepuluh bahagian kecil, sembilan daripadanya ialah jin, manakala satu bahagian lagi ialah manusia " 10 darab 10 = 100 (malaikat + jin + manusia) 9/10 darab 100 = 90 (malaikat) 1/10 darab 100 = 10 (jin dan manusia)  10 = 9 jin + 1manusia nisbah.. 1 manusia : 9 jin : 90 malaikat banyak. .? ps : tengah study CTU... damn takut tak dapat score =='' bye~

Kenal Pasti Angau | Cinta

Image
S alam perasaan cinta , 'terdetiknya sayang' dan 'angau', susah nak dikenalpasti oleh diri sendiri jika ego dan pendirian yang kukuh tersemat tetap dalam diri(dan lain2).. selalu, dan sememangnya kerap, jika seseorang yang mempunyai peluang untuk 'mencairkan' mereka(orang yang disebutkan di atas) hadir di dalam hidup mereka,, mereka akan cepat-cepat tepis semua panah-panah cinta dan menolak keluar segala keserabutan dalam hati dan fikiran(buat tak tau).. bagi mereka yang pernah, dan sedang berbuat demikian(situasi di atas), untuk mengenal pasti cinta dan terdetiknya sayang memang amat susah, dek kerana ego, pendirian dan ketakutan yang selama ini mengawal diri.. if  dengan melihat si dia, atau sebarang benda dan memori yang mengingatkan kepada si dia, seperti gambar dan hadiah, atau kenangan2 bersama, dada berasa sesak, sukar sedikit untuk bernafas dan berasa panas,  ketahuilah,,  yang... kamu sedang  dilamun ANGAU  Hehe :) ps : kadang2, angau naik level jadi lo...

Penawar Stress ?

Image
S alam ” Apabila Stress, kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin dan kortisol, ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta kandungan gula ” ( Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya) apa tu kelenjar adrenal, hormon adrenalin dan kortisol ? sila tanya budak2 sains.. aku tau, adrenalin ada dalam game L4D sahaja.. cuba tanya diri kau orang, kau orang mudah marah, mudah kecewa, moody, mudah lupa, hilang ke-kreatif-an, gagap, rasa nak terkencing bila gugup, rambut gugur, muka berjerawat dan susah nak tidur.. ? jika kebanyakan jawapan ialah ya, ketahuilah yang kau orang sedang alami / mungkin kau orang sedang dalam keadaan tertekan @ stress.. semua orang tau apa tu stress,,  dan,, ini adalah beberapa cara untuk menangani stress atau kurangkannya,,, 1- Bertenang 2-Bernafas dengan dalam 3-Berkata:"Relekslah.." 4-Beribadat 5-Bercakap dengan seseorang 6-Berurut 7-Berehat dan mendengar muzik 8-Beriadah 9-Bersenam 10-Berfikiran...

Jurukamera Bernama TV Terbunuh Di Somalia.

Image
S alam tadi time aku sedap2 makan depan tv, terbaca di bahagian berita kecil kat bawah skreen tv tuh.. agak setengah jam aku tunggu dan nak confirm betul2.. (2 pagi) seorang rakyat Malaysia yang niat nak bantu negara lain meninggal di negara tersebut ? satu fakta yang payah nak masuk otak,, (kata Buletin Utama) Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia. kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya. Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya. Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak ...