Projek Manusia Keratan Rentas
Projek Manusia Keratan Rentas ? Ianya ialah projek jangka masa panjang oleh National Library of Medicine (NLM) semenjak 1986. Ianya ialah gabungan lengkap dari segi anatomi dan direkod dalam representasi 3 dimensi keratan rentas tubuh badan lelaki dan perempuan. Keratan rentas tersebut ialah hasil daripada Magnetic Resonance Imaging ( MRI ) dan Prosedur Pembekuan Seksyen ( cyrosection ) mayat lelaki dan perempuan secara melintang. Cryosection through the head of a human male . Untuk badan lelaki ianya telah di ambil secara melintang untuk setiap milimeter, dan untuk badan perempuan diambil untuk setiap suku milimeter. Matlamat jangka masa panjang projek ini ialah untuk menyediakan pengetahuan tentang sebuah sistem struktur bentuk badan manusia yang bersambung antara satu keratan rentas ke satu keratan rentas yang lain yang dapat dilihat secara visual secara lengkap bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang perubatan seperti nama sesuatu struktur di dalam badan. Maklumat Tamb...