Hari Hari Dulu

Oh hai. Apa yang kamu dah lakukan hari ni ? Seronok ? Pernah terfikir apa yang kamu lakukan hari ini baik ataupun tidak ? Ok, itu masing-masing punya jawapan.

Tapi, kita semua pasti ada masa silam yang gelap masing-masing bukan ? Maksudnya, zaman di mana kita nakal, jahat, tak dengar cakap, dan suka melawan, contoh lahh.

Aku pun ada jugak.

Hari-hari dulu, zaman di mana boleh dikatakan aku antara pelajar ternakal dalam sekolah. Ponteng kelas, mengedar rokok, melawan cakap cikgu, mengorat opss, dan for sure menipu cikgu lah paling common.

Tapi, dulunya, aku ada lagi satu perangai atau sikap yang sangat ohmaigod, apa aku dah buat. Macam tu lah aku rasa bila aku fikirkan balik. Dan ianya ialah, mulut yang sangat lancar berbicara termasuk menipu dan mencuri.
Siakap senohong, gelama ikan berduri
Memang banyak kes (mencuri) yang aku dah buat, paling menjadi target ialah telefon bimbit.


Nak dijadikan cerita, ada sekali aku terkantoi mencuri, bukan aku, tapi kawan yang subahat sekali kantoi. Mungkin ambil masa dalam sebulan sesi perbicaraan face to face tuan punya telefon dan kami berdua berlansung dalam sekolah, sehingga kes dibawakan ke pihak yang lebih tinggi (cikgu). Dan akhirnya kami mengaku, dan serahkan kembali telefon tersebut.


Well. Pengalaman mengajar. For sure lah kena sebatan. Sakit!


And you know what, cerita buruk yang macam ni, memang cepat tersebar dalam kalangan pelajar, tambah-tambah lagi pelajar yang terkenal dengan perangai tidak baik. Dan dalam kes aku, yes, ramainyehaa yang tahu hoi. Ok, time tu aku tiada perasaan, so aku lansung tak rasa apa-apa, dan takda pun yang nak mengata mengutuk bagai. Peace (Y)


*****

Cerita tu waktu aku tingkatan 1, umur 13 tahun, tak besar lagi pun.

Hari ni, entah macam mana, aku terserempak dengan tuan punya telefon yang aku pernah curi dulu yang aku ceritakan kat atas tuh, dia kerja di satu kedai steamboat di Perlis. At first aku just "Bro, mintak air teh O ais satu" dan kemudian baru aku cam siapakah gerangan orang yang aku mintak order tuh, and then dia blah ke kaunter. *aku tak tegur pun dia, just tergamam.

Aku dah habis makan, terserempak dia tengah jalan ke kaunter

Dia : "Eh, hang pernah sekolah sekian sekian kan dulu ?"

Aku : "ya aku, waktu form 1"

Dia : tepuk bahu, dan mula untuk berjalan tinggalkan aku

Aku : pegang bahu dia "jangan risau, aku still kenal hang" sambil senyum sopan hormat sambil tunduk ala-ala jepun.

Dia : "Aku ingat lagi sapa yang amik"


Ohmaigooddddddd. Speechlesssssssssssss. Tergamam. Terpaku aku. Cerita 6 tahun yang lepas, and that time I was 13, and now you are 20 (dia). The heck ?

Terlintas dalam kepala otak di saat itu juga, "resist! resist!" dan kemudian aku tinggalkan dia sahaja.

So, I still do believes people changes. Even that 1 weird guy din't changes at all, terutama bahagian senyuman dia yang lansung tak ikhlas. Can see it, can feel it, can smell it. Bentuk yang teruk, rasa yang tak tenteram, bau busuk!


I can't even think what will happen to me if that 'resist, resist' din't cross my mind at that time.
orang yang penyabar jangan dicari pasal, orang yang suka senyum dan lembut jangan diperlekehkan, arnab boleh jadi zombie ok.


hari hari dulu, dan sebahagian dari mereka ada bersama aku

ps : hey, ambil sebagai pengajaran, jangan gelak cerita aku. tampa kang.

Comments

  1. itu yg jadikan kita dewasa arini beb! jgn bangga ngan apa yg kita buat lepas, tapi jadikan pengajaran dan pengalaman untuk hari ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung