Makasid Syariah Dalam Perubatan

Fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah

Pengabaian tuntutan fardhu ain dan kifayah punca keruntuhan akhlak dikalangan anggota masyrakat.Umat perlu memahami konsep tuntutan ini untuk kesejahteraan alam sejagat.
Apal Hijau

Manusia dan Tugasan

Manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini.Maksud khalifah ialah wakil dari Allah

untuk mentadbir alam ini supaya ia aman,damai dan sejahtera.Setiap peribadi manusia itu berhak memegang jawatan tersebut sebagaimana firman Allah bermaksud :

“Dialah menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi dan dialah yang meniggikan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain beberapa darjat ( pangkat ) dari hal apa yang dikerjakan” ( Surah Al-An’am 165 )

Jawatan khalifah ini mempunyai tanggungjawab tertentu.Ianya akan dipersoalkan oleh Allah setelah peribadi manusia itu meletakkan jawatan tersebut.Firman Allah

“Dan seseorang itu tidak akan memperolehi selain dari apa yang diusahakan, usahanya itu nanti akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan dengan balasan yang setimpal.Dan kepada Tuhanlah berakhir sesuatu” (Annajmu 39-42). Alam ini adalah bebanan Allah kepada manusia untuk ditadbirkan.




Golongan Mukallaf

Golongan inilah yang layak mentadbir alam.Mereka ialah orang yang berakal,baligh dan beragama Islam.Allah memebekalkan kepada mereka akal fikiran dan sistem pentadbiran yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia.Setiap peribadi muslim itu mempunyai kewajibannya yang tersendiri samada berbentuk individualistik atau kemasyarakatan.Ia lebih dikenali dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.


Konsep Fardhu Ain & fardhu Kifayah

Fardhu ain adalah asas pembinaan kemuliaan peribadi seseorang.Matlamatnya membina

Individu yang soleh dan bilangan inilah yang mencorak kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.Fardhu Kifayah pula merupakan konsep penting dalam kemasyarakatan.Fahaman yang slah terhadap fardhu kifayah akan mencerminkan kelemahan masyarakat Islam.Semakin ramai bilangan masyaraakat yang berkecimpung dalam fardhu kifayah ia akan mencerminkan semakin maju taraf kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan menaik taraf kemajuan tamadunnya,walaupun dari sudut individu ia termasuk dalam hukum “sunat”.


Definisi Fardhu Ain

· Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib ia melakukannya.

· Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang melakukannya.

· Melakuakan apa yang disuruh dan meniggalkan apa yang dilarang oleh Allah.

· Fardhu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada setiap hambanya seperti keimanan,sembahyang,puasa,menuntut ilmu,berjihad dan seumpamanya.


Definisi Fardhu Kifayah

Suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya,maka kewajipan itu gugur

bagi yang lainnya seperti berjihad,solat berjamaah,ilmu,pakar dalam suatu bidang dan sebagainya.Ia terbahgai kepada beberapa bahagian seperti kifayah dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat hakim.Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua.Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya , maka semua orang kan berdosa.


Tuntutan Fardhu Ain & Kifayah Dalam Kehidupan Pelajar

Pelajar adalah golongan mukallafin tidak boleh lari dari bebanan Allah swt.Selagi ruhnya

berada di jasad,selagi itu ia menyandangi jawatan khalifah Allah.Oleh itu ia bertanggungjawab bagi melaksanakan tuntutan tersebut.Fardhu Ain baginya:

(a) Hubungan dengan Allah

· Melaksanakan tuntutan Allah seperti solat,puasa dan lain-lain.

· Meninggalkan larangan Allah seperti maksiat.Dan seumpamanya.


(b) Hubungan dengan diri sendiri

· Menjaga kesihatan.

· Menuntut ilmu.

· Menjaga nyawa dan lain-lain.


(c) Hubungan sesama manusia

· Hormati guru-guru,ibu bapa,kawan-kawan, jiran dan seumpamanya.

· Patuhi peraturan sekolah

· Berdakwah dan lain-lain.

Adapun tuntutan fardhu kifayah adakalanya ia menjadi fardhu ain kepada seseorang pelajar

seperti kepakaran dalam suatu bidang seperti kedoktoran,ekonomi dan sebaginya.Adapun tuntutan fardhu kifayah seprti solat jenazah,solat berjamaah,mendalami pelajarn pertukangan dan lain-lainnya adalah dituntut.Disini jelas bahawa fardhu kifayah boleh berubah kepad afardhu ain sekiranya situasinya berubah.

Firman Allah dalam surah Fathir ayat 18 maksudnya :

“Dan orang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain.Jika seorang itu berat dosanya lalu memanggil ( orang lain ) untuk memikul dosanya itu,tidak akan terpikul olehnya sekalipun hanya sedikit,sekalipun kaum kerabatnya sendiri.”


Sumber Ilmu Dalam Islam

Definisi Ilmu Pengetahuan

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.


Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

1. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

3. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

4. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

5. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

6. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

7. Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

8. Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.


Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan

Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal pemikiran manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.

4. Intuisi atau Ilham

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Walaupun begitu, ada juga di kalangan sarjana yang berpendapat bahawa sumber ilmu itu datangnya juga daripada sumber lisan dan tulisan serta kajian sejarah. Ilmu yang diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan secara tidak formal seperti ilmu pertukangan dan sebagainya yang diperolehi melalui warisan secara tidak langsung daripada keluarga atau masyarakat. Pengajaran-pengajaran secara lisan daripada tokoh-tokoh ilmu juga dianggap sebagai sumber lisan. Ilmu yang sumbernya dari tulisan dapat dilihat melalui ilmu perubatan, matematik, dan undang-undang. Sementara ilmu yang diperolehi daripada kajian sejarah pula dapat dilihat melalui kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku.


Makasid Syariah

Maksud Makasid Syariah

MAQASID syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras maqasid syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara ke arah negara maju dan harmoni.

Lima prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan, politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk secara menyeluruh malah, sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip maqasid syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

Menurut Dr Murat Cizakca, maqasid syariah bermaksud matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I'lal al-Fasi. Sehubungan itu, ilmu maqasid pula adalah ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan prinsip atau objektif asas ini adalah kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang mencabar dan memerlukan satu pendekatan berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin.

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mesti bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.

Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.

Dalam aspek lebih luas, maqasid syariah juga telah diperdebatkan sebagai matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia sejagat merujuk kepada pandangan Ahmad Al-Raisuni. Selanjutnya, Ibnu Rusyd pula turut menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.

Manakala pada pandangan al-Syatibi, Allah telah menetapkan syariat-Nya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan daripada menimpa mereka. Dalam konteks ini, prinsip utama syariah tidak boleh dipandang ringan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya kerana matlamatnya sangat objektif dan praktikal bagi menjamin kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan keturunan umat manusia. Prinsip maqasid syariah juga mampu membantu melancarkan urus tadbir sesebuah kerajaan dalam peranan pembentukan individu sehingga kepada sebuah negara yang sempurna sama ada dalam bidang intelektual, ketenteraan, sains teknologi, ICT dan sebagainya.

Ibnu Asyur pula telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum, manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak-tanduk perseorangan. Misalnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam muamalat dan sebagainya.

Ini bagi memastikan apa yang ingin dilaksanakan atau dirancang memberi manfaat sewajarnya kepada semua, terjamin serta menampakkan impak positif dan yang paling utama ialah tidak melanggar batasan atau kehendak syariat yang ditetapkan. Kepentingan asas dalam maqasid ini dalam usaha memahami dan melaksanakan dasar politik, ekonomi dan sosial yang bersesuaian, perlindungan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta adalah ciri universal yang sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Bagi memastikan perbincangan berkenaan kepentingan maqasid syariah menjadi lebih tuntas, maka menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya terangkum dalam tiga kategori iaitu kepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi.

Manakala keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi dan keperluan tahsiniyat pula suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian.

Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.


Asal Usul Perubatan Islam

Perubatan Islam muncul selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan Islam itu sendiri. Kategori perubatan ini dikenali juga sebagai "Perubatan Arab" . Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting dalam sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar Islam pada abad ke 8M –11M ) dan perubatan ini juga turut malap ketika matahari tamadun Islam mula terbenam dan luput dari alam ini. Sebelum kedatangan islam orang - orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Apabila mereka disatukan di bawah pemerintahan Islam mereka telah menjadi kuat . Kuasa Islam terus bertapak di tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucacus, keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan. Baghdad telah menjadi pusat pengajian yang cemerlang. Selepas itu pula akademik – akademik mula di tubuh di Samarkand ,Isfahan , dan Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada semua displin sains dan falsafah ajaran keagamaan serta sains perubatan . Buku – buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani . Pada tahun 765M , Khalifah Harun Al Rasyid ( 763 –809M ) mula menubuh dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad . Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen ( pemuja bintang ,ahli falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan toleransi oleh Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan terutamanya karya Galen. Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan yang tepat tentang gejala – gejala "disisi pesakit" Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates yang berasaskan bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting dari apa yang terdapat sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi.

Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun Islam terbahagi kepada 3 zaman yang penting, iaitu zaman penterjemahan, zaman keemasan atau kegemilangan dan zaman kemerosotan. Pada zaman kemerosotan, negara-negara Eropah mula menyerang negara-negara Islam.

Zaman Penterjemahan

Penterjemahan pada ketika ini sangat penting. Ia merupakan asas perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain. Hasil daripada penterjemahan akan dipelajari dengan mudah. Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan kedoktoran. Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada beberapa khalifah pada ketika itu. Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al Hadi(775-786) dan Harun al Rashid. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penterjemahan ialah Jabir, Hunayn, Thabit dan al Kindi.


Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)

Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir pada abad ke 8M. Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad. Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke 14. Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku, malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah. Antara karyanya yang sering dirujuk ialah:

a)Book of the seventy(disertasi)

b)Book of the composition of alchemy

c)Book of sun perfection

d)kitab al-Rahmah

e)Kitab tajmik

f)Book of eastern Mercury

Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi), Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan telah menulis secara saintifik tentang tindak balas penurunan (reduction) serta pengkalsinan (calcinations). Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni

yang masih digunakan hingga ke hari ini.


Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)

Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di Hirah(Iraq). Beliau telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan beliau dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah al-Ma’mun. Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip Yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat menterjemahkan buku Meteria Medica, Aphorisma, Seven Books dan Synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul A.Egina dan Oribasius. Beliau sendiri juga telah menulis 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan (questions of medicine) yang sesuai dijadikan kajian oleh penuntut oftalmologi dan perubatan.


Thabit Ibnu Qurah(838-901M)

Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan perubatan. Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab. Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius, Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen. Selain daripada terjemahan, beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab. Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan, penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet (pemakanan).


Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)

Beliau terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi. Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M). Beliau memperolehi pendidikan di Basrah dan selepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim. Hasil kerjanya meliputi pelbagai aspek bidang ilmu, dengan ini, bolehlah dikatakan beliau adalah seorang cedikiawan yang serba boleh. Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku. Antara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi. Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol. Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M). Antara karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin ialah The Books of Optics yang telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah. Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat .

Zaman kegemilangan

Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan lahirnya teori-teori baru hasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya. Antara tokoh perubatan Islam pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas, dan Al-Haytham.


Ibnu Sina

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina. Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna. Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu. Antaranya, adalah mengenai falsafah- falsafah dan perubatan. Sumbangan yang ketara Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehanya untuk mengubat dan juga dalam menghasilkan karya dalam penulisan. Terdapat banyak ilmu perubatan moden yang menggunakan ilmu perubatan Ibnu Sina sebagai rujukan. Terutamanya mengenai penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Buku beliau telah digunakan secara meluas di Universiti-universiti Eropah hingga abad 15M. Pada abad ke 12M, buku beliau telah diterjemah oleh Genard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol ke dalam bahasa Latin. Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali,15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Pada abad ke 16M, buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Penulis di barat telah menganggap Ibnu Suna sebagai bapa kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan ilmu perubatan Yunani, Hippocreates dan Gelen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri. Antara sumbangan utama beliau terhadap dunia perubatan ialah:

· Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan.

· Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari ini sebagai psikosomatis(psikosomatic medicine).

· Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi.

· Seorang doktor dari Amerika melaporkan bahawa para hakim di afganistan, China dan India dan parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung.

· Menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.

· Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit (pergi). Beliau juga dapat menceritakan dengan tepat tanda-tanda (symptoms) penyakit kencing manis (diabetis) dan masalah yang timbul daripadanya.

Osler menganggap karyanya iaitu al-Qanun fi Al-Tibb sebagai sebuah teks perubatan yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”yang dibaca dalam tempoh yang lebih lama berbanding buku-buku perubatan yang lain dan ia dibahagikan kepada 5 buku iaitu:

a) buku yang membicarakan tantang asas-asas umum.

b) buku-buku ubatan simple(biasa)

c) buku penyakit organ-organ tertentu

d) buku penyakit yanjg biasanya merebak ke seluruh badan

e) buku ubat-ubatan ‘compound’(sebatian)


Al-Razi

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang Barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun 925M (312Hijrah) di tempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Pemerintah Islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan.

Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa Arab dan hadis. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia Islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia.

Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu Ishaq, seorang pakar perubatan Parsi dan India. Al-Razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi pengarah di sebuah hospital di Rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi. Beliau meneruskan tradisi yang diasaskan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan Islam pada masa itu. Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140 daripadanya dalam ilmu perubatan (10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa Latin).

Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah treatisnya berkenaan dengan campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di Eropah hingga abad ke 18M. Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris, Perancis pada tahun 1395M. Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul Kitab Al-mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem). Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab. Beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan.

Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya:

· Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives)

· Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.

· Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat

· Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.


Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi, kitab Al-Hawi mengandungi :

· Cara menjaga kesihatan

· Mengubati penyakit melalui cara makanan.

· Mengenal tanda-tanda penyakit


Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan Islam ialah pengasingan alkohol dan mendorong penggunaannya sebagai anti septik. Sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah ke dalam bahasa Latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M.


Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M)

Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis. Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M. Pendidikan yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam. Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah berhampiran. Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist.

Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif. Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi. Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja.

Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku. Buku ini meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Satu salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka.

Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa Latin dan bahasa asing yang lain. Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini, nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang perubatan.

Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M. di Itali . Dalam separuh abad ke-13 M, ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi .Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan


rasionaldi Perancis.

Dengan secara kebetulan, pada ketika yang sama satu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama. Selepas Roger, surgeon seperti Bruno di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963)

Dalam abad ke-14 M. Guy ada Chauliac menganggap al-Zahrawi sebagai setanding denagn pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen. Dalam bukunya Great Surgery yang ditulis dalam Latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa paragraph secara verbatim. Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa Vesalius.

Sebahagian ataupun keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778). Sayang sekali terjemahan –terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali. Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka. Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat.

Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting :

· Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.

· Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya.

· Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu.

Melalui buku ini, rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh al-Zahrawi telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan. Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian.

Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.

Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.


Ishak Ibnu Sulaiman al-Yahudi

Beliau dikenali sebagai Isaac Judaeus dan dilahirkan di Qairawan,Mesir.Berpengetahuan luas dalam bidang perubatan, falsafah, matematik, logik, geometri dan astronomi. Diantara karya beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Constantin the African ialah:

1. On diet and Medicine(pemakana dan ubat-ubatan

2. Kitabul Istiqsat

3. Kitab al-Hudud waal-Rusum

4. On Fevers(demam)

5. On Urine(Urin)


Zaman Kemerosotan

Pada zaman ini, Eropah mula menyerang kerajaan Islam iaitu bermula pada 1096M. Keadaan ini menyebabkan kemajuan sains terjejas dan keadaan politik yang tidak stabil. Walaupun keadaan kacau bilau, namun masih terdapat tokoh-tokoh perubatan islam pada masa itu.Antaranya ialah Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd dan Ibnu Quff.

Ibnu Zuhr

Dikenali sebagai Avenzoar dan juga dipanggil Abu Meron. Beliau merupakan ahli falsafah dan perubatan. Beliau adalah kawan karib kepada Ibnu Rusyd(Averroes). Hasil karya yang utama beliau ialah al taysirfi al-Murawahwa al-tadbir (facilitation of treatment) diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1280M oleh Paravicius. Melalui buku ini, beliau telah menulis mengenai scabies, perikarditis, penyakit telinga tengah, pengeluaran batu karang dan trakeotomi. Beliau juga menulis mengenai sarap tiruan melalui mulut atau anus dan kepentingan teknik ini dalam perubatan.


Ibnu Rusyd

Beliau terkenal di Eropah dengan nama Averroes . Nama penuh beliau ialah Abu al-Walid Muhamad Ibnu Ahmad,dilahirkan di Cordova dan tinggal di Sepanyol. Beliau hanya mengetahui dalam bahasa Arab dan kesemua sumber bacaan dan karya beliau dibuat dalam bahasa Arab. Beliau adalah tokoh falsafah dan perubatan yang bertugas sebagai guru, doktor istana, penasihat politik dan hakim. Ibnu Rusyd telah menulis sebuah kitab al kuliah (general rules on Medicine)yang mengandungi 16 jilid. Buku ini dianggap tinggi mutunya dan dicetak beberapa kali di Eropah.

Ibnu Rusyd adalah seorang pengarang yang produktif. Beliau mula mengarang dalam usia 36 tahun, dan dalam masa hampir 40 tahun beliau menghasilkan karangan yang terdiri dari 10000 lembar, menyentuh tentang falsafah, sains dan perubatan. Oleh sebab falsafahnya, beliau pernah dibuang negeri selama setahun di ai-Yasanah (Bandar berhampiran Cordoba) semasa umur beliau menjelang 70 tahun dan beliau meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian Maghribi.


Ibnu Quff

Beliau dilahirkan di Bandar al Karak, Jordan dan meninggal di Damsyik. Nama sebenar beliau ialah Amin al-Dawlah Abu Al-Faraj Muwaffaw al-Din Yaqub Ibnu Ishak Ibnu al-Quff al-Mariki al-Karaki. Beliau adalah seorang pakar bedah dan mengamalkannya di Ajlun dan di Damsyik. Buku panduan mengenai surgery hasil karya Ibnu al-Quffialah al-‘Umdah fi Sina ‘at al-Jurahah (The Authority of Surgery), adalah buku yang komprehensif dan mengandungi 20 fasal kesemuanya. Beliau menekankan kepentingan anatomi dalam pembedahan, dan membicarakan tentang teknik-teknik pembedahan, alat yang hendak diguna, dan atucara pembedahan dengan jelas dan terpeinci.


Perubatan Dalam Islam

Perubatan merupakan antara bahagian baru dalam bidang fiqh. Kebanyakkan isu yang timbul adalah perkara baru yang tidak dinyatakan hukum oleh ulama sebelum ini. Jika ada sekali pun, penilaian harus dilakukan oleh ulama moden agar lebih praktikal dan sesuai dengan kehidupan.

Dalam hal ini, kebanyakkan nas Al-Quran dan Hadith yang menyebut berkenaan perubatan secara terperinci adalah terhad. Maka, satu kaedah baru diperlukan, bukan untuk menafikan Al-Quran dan Hadith namun sebagai tafsiran yang tepat agar aplikasinya sesuai untuk manusia.

Ijtihad Maqasid, iaitu mengeluarkan hukum berdasarkan keutamaan dan kepentingan agama dan manusia.

Secara asasnya teori maqasid dalam membicarakan kepentingan manusia, tahapnya keutamaan manusia terbahagi kepada 3 iaitu:-

Perkara darurriyat ialah perkara asas di dalam kehidupan. Manakala perkara hajjiyat ialah perkara yang diperlukan oleh manusia untuk menghilangkan kesusahan dan kesempitan hidup, sama ada dalam bidan ibadat, muamalat, adat dan hukuman. Seterusnya, perkara tahsiniyat merupakan aspek penyempurnaan yang diperlukan untuk mencantikkan kehidupan, serta memelihara maruah dan akhlak manusia di dalam semua aspek.

Perubatan terhadap manusia mendahulukan perkara-perkara darurriyat, diikuti dengan perkara hajjiyat dan kemudian perkara tahsiniyat merupakan pelengkap yang kuran diutamakan.

Dharuriat merujuk kepada keperluan asas manusia. Tanpanya manusia tidak akan mampu untuk hidup. Maka islam meletakkan kewajipan memelihara 5 keperluan manusia iaitu :-

1.Memelihara agama.

2.Memelihara nyawa.

3.Memelihara keturunan.

4.Memelihara akal.

5.Memelihara harta.

Antara hukum-hakam yang terbina atas kepentingan nyawa adalah

1.Menjadikan ilmu perubatan fardhu kifayah terhadap ummat islam agar mengusai bidang ini kerana menyelamatkan nyawa adalah wajib.

2.Mengharuskan bahan-bahan yang dilarang pada asalnya terhadap ummat islam untuk dijadikan penawar seperti arak ( sebahagian pendapat ), anggota badan haiwan dan anggota badan manusia untuk tujuan perubatan
.
3.Mengharuskan memotong sebahagian anggota badan manusia demi menyelamatkan nyawa seperti kes pesakit kencing manis. Sama juga kes menggugurkan janin untuk menyelamatkan nyawa ibu dan memotong payu dara bagi pesakit kanser
.
4.Mengharuskan pemindahan organ dan pendermaan darah.


Antara hukum-hakam yang terbina atas keutamaan keturunan

1.Mengharuskan mengubati bagi merawat kemandulan

2.Mengharamkan permanian beradas bagi benih yang berlainan

3.Mengharamkan pengguguran

4.Mengharamkan pengklonan manusia


Antara hukum-hakam yang terbina atas maslahat akal

1.Larangan menggunakan dos ubat bius yang berlebihan yang merosakkan akal.

2.Larangan mengambil ubat tanpa panduan dan kebenaran daripada pakar seperti ubat batuk dan pil.

3.Diharuskan perubatan pesakit mental.

Hukum-hakam yang terbina atas maslahat harta

1.Harus membedah perut orang yang mati tertelan wang kerana untuk mengambilnya.
2.Harus menanggalkan alat bantuan pernafasan bagi seseorang yang sudah mati otak kerana kosnya sangat tinggi dalam masa yang sama sudah tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa.



CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM BERBANDING DENGAN PERUBATAN MODEN

Sistem perubatan Arab telah didirikan di atas asas yang kukuh dan sebenarnya saintifik. Ia melibatkan kegunaan teori alam yang untuk membenarkannya mengenali pemerhatian emprikal secara sistematik. Sistem ini juga mempunyai aturcara yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan serta merawat dan menyembuh penyakit berasaskan farmakologi dan terapeutik. Falsafah asas perubatan Islam menekankan bahawa manusia merupakan simbol kewujudan ( al – insan ramz al –wujud ) dan dengan itu manusia sebagai "mikrokosmo" mencerminkan alam semesta sebagai "makrokosma". Manusia mempunyai tubuh fizikal ( jasmani ) yang dalamnya tersemat roh (rohani)ataupun "psike"dan memang erat pertalian antara keduanya.

Ramai di antara kita memikirkan bahawa perubatan Islam mempunyai ciri – ciri tersendiri dan sangat berbeza dengan sistem perubatan moden ia adalah satu kesilapan yang besar. Dapat dikatakan bahawa prinsip –prinsip perubatan moden adalah berasal dari sistem tradisional Yunani yang telah diubahsuai , diperbaiki , ditambah oleh tokoh – tokoh perubatan Islam , yang kini telah menjelma kepada suatu sistam perubatan antarabangsa. Sistem perubatan Arab Islam telah menjadi bahan rujukan utama bagi kurikulum perubatan di Universiti Leipzig di Chekoslovakia sehingga ke akhir abad yang ke-15M. Contoh kurikulum tersebut adalah seperti berikut :

Program yang hampir sama juga didapati di Universiti Tubbingen Switzerland . Bagaimanapun , pengajaran perubatan di Eropah pada waktu itu dan juga sekarang telah disekularkan , dengan mengenepikan pengajaran agama dan menjadikan ilmu sains semata – mata sebagai matlamat tunggal. Di sinilah timbulnya pokok perbezaan di antara perubatan sekular dengan perubatan Islam yang tidak memisahkan ajaran agama , bahkan agama dijadikan sumber pimpinan dalam amalan perubatan Islam. Hadith Nabi ada berbunyi maksudnya : "Mempelajari ilmu pengetahuaan dan mengajarkannya adalah lebih utama daripada ibadat semata – mata " dan , "Tuntutlah ilmu pengetahuan , kerana orang yang menuntut ilmu berada dalam suasana sabillullah” Jelasnya , umat Islam digalakkan menuntut ilmu serta mengamalkannya tetapi kejayaan ilmu tadi haruslah sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan Allah.

Di samping itu pula Islam menegaskan bahawa tidak diturunkan penyakit itu jika tidak ada cara menyembuhkannya , tetapi manusia sendiri harus mencari apa sahaja jalan untuk menyembuhkanya . Jadi tidaklah tepat jika disamakan perubatan Islam dengan amalan perubatan Arab semata – mata ataupun perubatan Tibb al – Nabi semata – mata . Bahkan nabi Muhammad sendiri ada menasihatkan pesakit yang datang kepadanya supaya pergi berjumpa dengan pengamal perubatan. Dengan demikian haruslah ditekankan bahawa perubatan islam tidak dibatsakan pada satu – satu rawatan yang tertentu sahaja. Malahan cara rawatan yang disyorkan oleh islam ialah apa jua cara rawatan yang sesuai baik dengan mengunakan akar kayu , ubat – ubatan moden , pembedahan mahupun dengan cara psikologi dan metafizik jika rawatan cara biasa tidak berkesan. Yang menjadi pokok persoalan ialah pengamalan perubatan islam hendaklah dibuat mengikut cara yang paling baik sekali , asalkan tidak terkeluar dari lunas – lunas panduan hukum al –Quran dan Sunnah.

Ayat- ayat al - Quran dan Hadith telah memberi beberapa panduan seperti mengistiharkan "kurantin " bagi penyakit – penyakit yang berjangkit , menghindarkan diri dari mengamalkan perubatan yang merosakkan diri sendiri seperti meminum arak , dan membertitahu kepada kita bahawa pencegahan itu lebih baik dari merawat.

Dengan cara menurut hukum – hukum Islam seseorang doktor itu tidak boleh bertindak sekehendak hatinya dan memisahkan "penyakit " dari persoalan –persoalan lain yang melibatkan "pesakit " sebagai seorang individu yang wujud dalam suatu masyrakat umum. Doktor dilarang sama sekali membunuh , misalnya untuk mengugurkan bayi luar nikah , ataupun untuk menamatkan penderitaan si pesakit (mercy killing ) , Sabda Nabi maksudnya :

"Jangan sesiapa meminta supaya ia dibunuh lantaran penderitaan – penderitaanya , tetapi jika tidak ada cara mengatasinya , berdoalah kepada Allah supaya memilihara hayatnya jika masih ada kebaikan bagi dirinya "

Dalam evolusi perkembangan perubatan Islam , cara pemikiran dan rawatan juga berubah mengikut perkembangan semasa . Dalam zaman Ibnu Sina sendiri pun rawatan penyakit ialah dengan cara mengunakan ubat – ubatan dan sediaan – sediaan yang memang dikumpulkan dan disenaraikan di dalam materia medika dalam zaman itu. Al – Zahrawi telah mengunakan pembiusan yang agak moden dengan mengunakan teknik stril.

Dengan kata lain perubatan Islam telah menggunakan segala apa yang telah dicapai oleh kemajuaan sains dan berkembang mengikut perubahannya dari zaman ke zaman . Pengalamannya adalah mengikut hukum –hukum Islam dan dicirikan oleh kod etika dan moral Islam yang tinggi. , dengan menggunakan ilmu sains moden yang bermutu bertujuaan untuk menyembuhkan penyakit bersama – sama dengan pesakitnya sekali. Di samping itu perubatan Islam tetap menaruh segala kepercayaan kepada kekuasaan Allah , mengutuk segala amalan yang curang , serta menolak kepercayaan karut dan ilmu sihir.


Kesimpulan

Syariat Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjaga atau menjamin kelima-lima perkara di atas dalam kehidupan manusia. Kelima-lima perkara tersebut iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri setiap individu yang harus dipatuhi. Bagi menentukan bahawa kehidupan semua individu seimbang, syariah Islam telah menetapkan semua keperluan ini diberi penarafan melalui maslahah Dharuriyyat, maslahah Hajiyat, dan juga maslahah Tahsiniyat.


ps : Makasid Syariah Dalam Perubatan ? Ada orang komen, apa yang kami buat ni lari tajuk. Ok, sejujurnya, aku tidak tahu di mana 'lari tajuk' tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

apa itu Diploma Sains Kuantitatif ?

Beli Rohypnol atau GHB di Malaysia ?

Tanah dan Relung